Hindari Diri Dari Dijangkiti COVID-19, Raja Thailand Kuarantin Di Jerman Bersama 20 Orang Gundik

Gambar Hiasan

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana Raja tersebut telah mengkuarantinkan dirinya bersama-sama sekumpulan pelayan dan 20 orang gundik di Jerman.

Baca: COVID-19 Dihasilkan Menerusi Gabungan Dua Virus Dalam Kelawar Dan Tenggiling – Penganalisis Genom

Menempah Sebuah Hotel Mewah Bertaraf 5 Bintang

Difahamkan, Raja Vajiralongkorn telah menempah sebuah hotel mewah di Jerman iaitu Hotel Grand Sonnenbichl selepas hotel itu mendapat “izin khusus” dari majlis daerah di sana. Untuk pengetahuan anda, hotel ini merupakan satu-satunya hotel yang masih dibuka di sana.

Hotel Grand Sonnenbichl

Serba sedikit untuk dikongsi mengenai Raja Thailand ini, beliau sangat dikenali sebagai ‘kaki perempuan’ di negara itu.

Raja Thailand di hari perkahwinan beliau bersama isteri ke-4

Menurut laporan, Raja yang terkenal dengan nama ‘Rama X’ ini telah bercadang untuk mengadakan parti secara besar-besaran di sana, namun terpaksa melupakan rancangan tersebut kerana sebahagian daripada anggota rombongannya terpaksa pulang ke Thailand.

Berita tentang perkara ini tentu sahaja tidak disambut baik oleh rakyat Thailand. 

Raja Thailand

Menurut sumber, selepas seorang aktivis mendakwa Vajiralongkorn sedang bercuti di Jerman sementara wabak itu terus tersebar di seluruh Thailand, rakyat Thailand sedang mencipta trend di Twitter melalui hashtag yang berbunyi “Mengapa kita memerlukan seorang raja?. Hashtag ini digunakan sebanyak 1.2 juta kali di Twitter dalam masa 24 jam.

Terdapat satu undang-undang di Thailand, dimana sesiapa yang menghina atau mengkritik monarki boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.

Sumber

Comments

comments