“HKL Tempat Paling Bodoh Aku Pernah Pergi!”, Lelaki Mengamuk Gara-Gara Sikap Sambil Lewa Staff Di Bahagian Kecemasan

8577
hospital kuala lumpur

Untuk sesiapa yang selalu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pastinya tahu bagaimana sistem dan proses urusan di sana. Tetapi lelaki ini tidak dapat menahan rasa marahnya selepas terpaksa berulang alik di bahagian kecemasan hanya kerana ‘salah faham’ yang berlaku pada pekerja di sana.

Perkongsian Tengku Indra di laman Facebook miliknya telah mendapat 113 kongsian setakat ini dan rata-rata netizen juga mengakui pernah melalui pengalaman yang sama di bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Isteri cedera

Isterinya yang terkena minyak panas dari bahagian bawah siku hingga hujung tangan di bawa ke bahagian kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lebih membimbangkan, isterinya kini sedang sarat mengandung enam bulan.

hkl kecemasan

Semasa tiba di bahagian kecemasan, pekerja di sana memberitahu untuk mebawa isterinya ke bahagian kecemasan hospital wanita dan kanak-kanak. Jadi terpaksa lah mereka pusing semula untuk ke sana.

Bila dah sampai je, yang jaga kaunter tu dok sibuk main phone! Bila aku beritahu masalah kita, dia tercengang-cengang.

Selepas dapatkan kerusi roda untuk isterinya, pengawal keselamatan memintanya mengalihkan kereta kerana kereta tidak boleh ditinggalkan di situ. Selepas mengalihkan kereta, dia kembali semula ke dalam untuk melihat isterinya tetapi terkejut kerana isterinya masih di bahagian pendaftaran.

Aku cakap kat kaunter tu, kenapa nak kena tunggu-tunggu ni? Tak nampak ke tangan dia dah macam ni? Dia cakap kejap, kena daftar dulu. Lepas tu, dia mintak buku pink pulak! Mengamuk lah aku. Aku suruh panggil doktor!

Doktor keluar ke bahagian kecemasan dan melihat tangan isterinya yang melecur itu. Tetapi menurut doktor kecederaannya tidak terlalu teruk dan sepatutnya dirawat di bahagian kecemasan yang lagi satu iaitu bahagian kecemasan yang sudah diperginya sebelum ini.

hkl kecemasan

Hantar ke KPJ

Disebabkan terlalu lama masa yang diambil di bahagian kecemasan HKL, dia mengambil keputusan untuk menghantar isterinya ke Hospital KPJ. Jururawat yang bertugas terus membawa isterinya ke dalam untuk mendapatkan rawatan.

Dia juga mempersoalkan kenapa terlalu banyak masa yang diambil di bahagian kecemasan HKL untuk selesaikan kes ini sehinggakan terlalu banyak proses perlu dilalui.

Takkan jawapan dia sebab itu hospital kerajaan servis macam tu. So aku salahkan orang yang kerja dekat kaunter-kaunter ni yang memang kita kena jumpa dulu. Tapi ilmu tak cukup, bebal!

Menerusi ruangan komen, ada juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Tetapi ada juga yang memberitahu sudah semestinya layanan di hospital kerajaan dan swasta berbeza dan itu adalah perkara yang biasa.

Comments

comments