Honda City Hatchback Dilancarkan di Thailand. Malaysia Bila Lagi?

Pasti ramai yang terpegun melihat kecantikan Honda City Hatchback yang baru dilancarkan di negara jiran, Thailand.

Menurut sumber, setelah lebih dari 30 tahun, Honda City telahpun melancarkan semula variasi Hatchback ini.

Persoalannya bila nak dilancarkan dekat Malaysia?

Menurut WapCar lagi, Honda City variasi Hatchback ini bakal menggantikan Honda Jazz di Malaysia.

Advertisement

Tiada tarikh atau pengumuman rasmi dari Honda Malaysia mengenai tarikh pelancaran variasi HOT Honda City ini.

Dikuasakan dengan enjin 1 liter DOHC VTEC turbo, model ini menghasilkan 122 PS dan 173Nm tork. Memang cukup untuk berdesup di kota raya. Tapi berdasarkan maklumat terkini, Honda Malaysia mungkin menawarkan enjin 1.5 liter NA.

honda city hatchback

Variasi Honda City Hatchback ini dijual mulai harga THB 599,000 (RM80,300) di Thailand.

honda city hatchback

Untuk model yang lagi “up” sikit, seperti RS, ia datang dengan rim aloi 16 inci, dan kerusi suede dan berjalur merah. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan Apple Carplay dan juga pedal shifter bagi model RS.

honda city hatchback interior

Harapan kami agar model ini diletakkan pada harga yang mampu milik. Maklumlah tengah PKP ni, nafsu nak beli kereta pastinya ada tapi duit tak mengizinkan sangat.

Sumber : WapCar

Comments

comments