Honda Civic Polis Bertembung Dengan Myvi Ketika Kejar Volkswagen Golf GTi

Malam tadi berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta peronda polis jenis Honda Civic yang bertembung dengan kereta Perodua Myvi ketika sedang mengejar sebuah kenderaan lain.

Lans Koperal Muhamad Sha’ad Muhammad Sha’id dan Lans Koperal Muhammad Ramadhan Ghazali ketika itu sedang mengejar kenderaan jenis Volswagen Golf GTi yang dipandu seorang lelaki kerana lari dari pemeriksaan polis.

Walaupun lampu beacon dan siren telah dipasang, secara tiba-tiba sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang wanita keluar dari arah kiri jalan dan menyebabkan kereta peronda terbabit melanggar mangsa.

“Kemalangan berlaku semasa kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Volkswagen Golf GTi dipandu seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis dengan memasang lampu beacon dan siren”. – Kata Zulkefly Yahya kepada Harian Metro.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian yang berlaku pada jam 10.20 malam itu telah menyebabkan Lans Koperal Sha’ad cedera tangan kiri dan pemandu wanita pula cedera di bahagian perut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Advertisement

Sumber

Comments

comments