Honda Lancarkan Aplikasi, Pemilik Mampu Kawal Kereta Guna Telefon Pintar

Teknologi sekarang ni dah makin canggih, korang boleh bayang tak apabila kita sendiri boleh kawal kereta hanya menggunakan telefon pintar jer? Terbaik betul!

Untuk pengetahuan, Honda Malaysia baru jer perkenalkan aplikasi Honda CONNECT yang membolehkan korang berhubung bersama kereta hanya di hujung jari jer gais.

Menerusi laporan Pandu Laju, aplikasi ini hanya ditawarkan pada model sedan baru iaitu Honda City RS dengan tiga fungsi utama iaitu keselamatan, sekuriti dan keselesaan.

Untuk fungsi keselamatan dan sekuriti, Honda CONNECT didatangkan dengan Sistem Pengesan Pelanggaran Automatik, Pengesan Penggera Sekuriti, Amaran Halaju, Penjejak Kereta, Amaran Geo-Batas dan juga Panggilan Kecemasan.

Advertisement

Sistem Pengesan Pelanggafan Automatik

Pusat Panggilan Bantuan Jalanan 24 Jam Honda akan memberi bantuan segera sekiranya berlakunya kemalangan atau beg udara mengembung akibat perlanggaran. Pengguna aplikasi Honda CONNECT ini akan medapat notifikasi bantuan sedang dalam perjalanan.

Pengesan Penggera Sekuriti

Sekiranya pintu, but atau bonet kereta dibuka secara paksa, pemilik dan Pusat Panggilan Honda akan dapat notifikasi tersebut. Jadi korang tak perlu lah risau lagi kalau parkir kereta jauh-jauh.

Penjejak Kereta

Korang boleh jejak kereta yang korang parkir melalui peta pada telefon pintar.

Amaran Halaju & Amaran Geo-batas

Korang akan diberi akaran jika memandu melebihi halaju dan parameter yang membabitkan radius pemanduan. Ciri ini adalah bagi mengelak risiko kemalangan.

Untuk ciri keselesaan pula dilengkapi dengan ciri Kawalan Kenderaan Jarak Jauh dan juga Peringatan Servis.

Kawalan Kenderaan Jarak Jauh

Korang boleh buka pintu kereta yang terkunci dari jauh dan telefon jer Pusat Panggilan Honda kalau tertinggal kunci di dalam kereta untuk membukanya. Bukan tu jer, korang juga boleh hidupkan enjin aircond dan lampu dari jauh tau.

Status Kereta & Peringatan Servis

Maklumat tentang peringatan atau amaran akan dipaparkan dalam aplikasi Honda CONNECT. Fungsi panggilan kecemasan akan dibuat sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku. Cara pemanduan dan sejarah perjalanan juga disimpan tau, tak bolehlah korang nak tipu-tipu. Kos penyeleggaraan, alat ganti dan temu janji untuk membuat servis juga boleh disemak melalui aplikasi ini.

Sumber

Comments