Hormatilah Orang Lain Yang Tak Faham Bahasa Kita Bila Berkumpul Ya!

4842

Pernahkah anda mengalami situsi dimana anda sedang makan bersama-sama kawan etnik lain dan hanya anda seorang sahaja ketika itu tidak sama bangsa dan bahasa dengan mereka.

Tiba-tiba mereka bertutur dalam bahasa mereka menyebabkan anda berasa kurang senang duduk ibarat ada orang sedang mengumpat kita depan-depan tanpa kita faham.

Situasi ini sering berlaku di Malaysia tak kira orang muda dan tua juga dan ia kurang menyenangkan.

Seorang peguam muda, Lim Wei Jiet telah menarik perhatian Twitternya pada hujung minggu lalu dengan satu entri Tweet personal beliau yang membenci orang yang bercakap dalam bahasa ibunda mereka dihadapan khalayak yang tidak memahami bahasa tersebut.

 

Katanya, ia dilihat sebagai satu perangai yang tidak professional dan kurang ajar.

Lim adalah Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM) dan entri yang ditulis oleh beliau dalam Tweetnya adalah pendapat peribadi darinya dan tiada kaitan dengan HAKAM.

Sangat jelas bahawa di Malaysia semua orang akan hidup dalam pelbagai budaya dan juga bangsa dalam satu ketika.

Ramai netizen yang membalas Tweet beliau dengan pengalaman yang dihadapi masing-masing.

 

 

 

Selepas Lim melihat Tweetnya menerima banyak balasan dari netizen di media sosial, Lim menulis beberapa bebenang dalam Twitternya.

 

Dalam Tweet berikut, dia bertanya kepada mereka yang menghadapi situasi seperti ini untuk bangun dan jangan bertolak ansur kerana tidak menghormati orang lain.

Netizen sekali lagi bersetuju dengan pendapat Lim.

 

 

Ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana membangkitkan isu ini dan meningkatkan kesedaran tentang fenomena ini.

 

 

Walaupun sesetengah orang berasa bersalah telah tweeted permintaan maaf mereka.

 

Walau apa pun, Lim merasakan bahawa tidak ada yang sepatutnya dikecualikan pada tahun 2019 atas apa-apa masalah, dan berharap perubahan.

 

 

Ingat ya semua, jika anda anda jugak kawan dari etnik lain masa tengah makan sama-sama jangan plak pergi cakap bahasa korang yang dia tak faham. Kesian mereka!

Comments

comments