Hotel Di Jepun Tawarkan Harga RM5 Semalam, Jika Anda Mampu Ikuti Syarat Aneh Ini

21652

Dengan harga serendah RM5 semalam, anda dapat menjimatkan perbelanjaan penginapan anda di Jepun. Bunyinya sangat menarik kan? Lagi-lagi bila anda terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk benda lain seperti makanan dan pengangkutan.

Hotel yang terletak di Bandar Fukuoka ini berada di lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran kawasan membeli belah dan tempat hiburan lain. Sekali pandang, memang kelengkapan yang disediakan sama sahaja seperti hotel lain.

Tapi, kenapa harga murah sangat?

hotel jepun

Pihak hotel akan merakamkan anda dan menstrim secara langsung di laman YouTube mereka!

Sebagai pulangan, anda perlu membenarkan pihak hotel membuat strim siaran langsung selama penginapan anda di sana. Wartawan dari Sora News 24, telah merasai sendiri pengalaman menginap di sana. Bunyinya memang sangat menakutkan dan pelik tetapi itu lah syaratnya.

hotel jepun
Anda juga tidak dibenarkan berada dalam keadaan bogel kerana kamera akan merakam setiap perlakuan anda. Semua kelengkapan disediakan seperti tilam untuk tidur, meja, televisyen, cerek elektrik semuanya disediakan seperti hotel yang lain.

Tetapi jangan risau, kerana bilik air di hotel ini diletakkan di luar bilik. Jadi kamera tidak akan merakamkan aktiviti anda di dalam bilik air. Rakaman video ini juga dilakukan tanpa suara kerana isu hak cipta di YouTube yang boleh muncul dari bunyi televisyen.

hotel jepun
hotel jepun
Seperti hotel murah tipikal di Jepun, ruang yang ada di dalam bilik juga sangat terhad. Jadi, tak ada ruang untuk anda menyorok daripada pandangan kamera kerana semuanya akan jelas kelihatan!

Pihak hotel meletakkan syarat pelik ini kerana bilik ini jarang disewa dan untuk mengelakkan kerugian, mereka menawarkan harga yang murah untuk bilik ini.

Bercakap mengenai negara Jepun, kini syarikat penerbangan ANA menawarkan pas penerbangan domestik termasuk penginapan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: ANA Tawarkan Pas Penerbangan Domestik Di Jepun Bersama Kemudahan Penginapan

Comments

comments