Hotel Istana Bakal Tutup Bermula 1 September Selepas 29 Tahun Beroperasi

Hotel Istana.

Wabak pandemik yang menyerang dunia telah memberi kesan kepada semua sektor terutamanya sektor perhotelan yang terpaksa berhenti beroperasi kerana tiada sambutan.

Itulah yang terjadi kepada Hotel Istana Kuala Lumpur yang mengumumkan akan menamatkan operasi pada September ini. Hotel ini bertempat di Jalan Raja Chulan mempunyai 486 bilik terpaksa ditutup ekoran pandemik dan lain-lain.

Pengurus besar hotel Noorazzudin Omar menandatangani sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 berkata, pihaknya tiada pilihan lain selain menutup operasi hotel yang berusia 29 tahun bertaraf lima bintang itu.

Tambahnya, pihak pengurusan hotel berkenaan akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Advertisement

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada. Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021”.

Hotel Istana umum tutup.

Tambah beliau, hotel berkenaan tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun pernah digunakan sebagai pusat kuarantin.

“Di sini juga, kami ingin memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS. Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat”. 

SUMBER

SUMBERAstro Awani

Comments