Hugh Jackman Lakar Rekod Dunia, Paling Lama Pegang Watak Wolverine

104

Pelakon Hollywood, Hugh Jackman melakar sejarah apabila diiktiraf Guinness World Records sebagai pelakon yang paling lama memegang watak Wolverine.

jackman

Bintang berasal dari Australia itu sudah memegang watak adiwira berkenaan selama 16 tahun dan 228 hari.

Anugerah itu disampaikan kepada Jackman ketika hadir pada program bual bicara menerusi stesen British TV pada pagi Rabu lalu.

Jackman sendiri terkejut dengan anugerah yang diterimanya, malahan majlis ringkas itu diatur tanpa pengetahuannya.

jackman

Jackman yang memainkan watak adiwira itu menerima anugerah bersama pelakon X-Men, Sir Patrick Stewart yang memegang watak Professor Charles Xavier (Professor X).

jackman

“Ketika zaman kanak-kanak, Guinness World Rescord adalah sesuatu yang saya inginkan dan kini saya memperolehinya. Sebab itu jugalah saya berkecimpung dalam bidang lakonan, terima kasih,” katanya.

Menerusi temu bual sebelum ini, Jackman mengharapkan kejayaan The Greatest Showman dapat menjadi penanda aras untuk mencatat sejarah dirinya.

“Impian saya sejak kecil, malah abang saya juga untuk mencatat Guinness World Records. Kami cuba bermain badminton selama 48 jam, kami membaling syiling menggunakan siku dan baru sekarang saya sedar mungkin telah mencapainya,” ujarnya.

Jackman memulakan kerjaya sebagai pelakon teater muzikal pernah memenangi Anugerah Emmy dan Tony.

Sumber Berita: mStar Online

Kredit Foto: Daily Mail

Comments

comments