Hukuman Bagi Pemandu Mabuk Bakal Diubah Kepada Hukuman Penjara 20 Tahun

pemandu mabuk
Gambar sekadar hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong memberitahu pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Beliau memaklumkan Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu yang membuat kesalahan tersebut.

Saya serahkan kepada MOT untuk ambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat. Mereka yang cuai atau mabuk kenalah ambil tanggungjawab dan pastikan diberi hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah

Sebelum ini, jumlah kes kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu mabuk semakin mencatatkan jumlah yang tinggi. Pada Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.

Ianya akan melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45. Untuk pengetahuan anda, buat masa ini hukuman bagi pemandu mabuk yang didapati bersalah dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Comments

comments