Hukuman Penjara Ke Atas Najib Razak Ditangguhkan Dengan Jaminan RM2 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya serta denda RM210 juta sehingga rayuan diputuskan.

Najib Razak sebelum itu telah dijatuhkan hukuman tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Baca: Kes SRC International, Najib Didapati Bersalah Ke Atas Tujuh Pertuduhan

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bagaimanapun mengenakan syarat tambahan iaitu wang jaminan ditambah dengan RM1 juta menjadikannya RM2 juta.

Advertisement

Mohd Nazlan memerintahkan supaya jaminan dibayar esok beserta dua orang penjamin.

Najib turut diarahkan melaporkan diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan pada setiap 1 hari bulan dan 15 hari bulan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments