“I Know I’m Not Unconventionally Malay” Guna Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa ‘Harian’

Wanita fasih berbahasa Melayu.

Definisi Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Malaysia kerana ia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai kaum atau bangsa.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan sejak dahulu kala. Namun, pada era globalisasi ini, masyarakat kini lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian.

Baru-baru ini, tular video di Tik Tok di mana wanita Melayu Singapura ini mendakwa dia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ‘harian’. Menerusi video yang dimuat naik, wanita itu menjelaskan dia memang fasih berbahasa Inggeris kerana telah menggunakannya sejak kecil walaupun berbangsa Melayu.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa pilihan saya dan saya membesar dengan menggunakan bahasa Inggeris”. Hasilnya, saya bercakap seperti itu”.

“Orang sangka saya belajar di luar negara sedangkan ia tidak. Kadang-kadang, orang selalu tersalah anggap saya bukan orang Melayu tapi saya tidak salahkan mereka”.

@kidkeris“so you’re MALAY malay?”? original sound – nabs (she/they)

Advertisement

Sementara itu, rata-rata netizen mengatakan dia bukan orang Melayu kerana fasih berbahasa Inggeris.

SUMBER 

SUMBERTik Tok

Comments