“Ia Mengambil Masa Selama 32 Tahun, Tetapi Akhirnya Saya Menemui Anak Saya Yang Telah Diculik.”

Seorang wanita bernama Li Jingzhi menghabiskan lebih dari tiga dekad untuk mencari anaknya, Mao Yin, yang telah diculik dan dijual pada tahun 1988. Dia yang sebelum ini hampir berputus asa untuk melihat anaknya kembali, terkejut apabila pada Mei 2020 dia akhirnya mendapat panggilan yang ditunggu-tunggu selama ini.

Gelagat Mao Yin yang tak pernah dilupakan

Pada setiap hujung minggu Jingzhi dan suaminya akan membawa anak mereka Mao Yin ke zoo atau ke salah satu taman di daerah mereka, Xi’an, ibu kota provinsi Shaanxi di tengah China.

“Dia berusia kira-kira satu setengah tahun ketika itu. Kami membawanya ke kebun binatang Xi’an City. Dia melihat seekor cacing di atas tanah. Dia sangat ingin tahu dan menunjuk ke arah cacing itu dan mengatakan ‘Mama, cacing ! ‘ Ketika saya membawanya keluar dari kebun binatang, diamasih memegang cacing di tangannya dan meletakkannya dekat dengan wajah saya.” 

Jia Jia

Advertisement

Mao Yin merupakan satu-satunya anak mereka kerana dasar hanya satu anak bagi satu keluarga di China. Jingzhi mahukan anaknya itu berjaya, jadi dia memanggilnya dengan nama timangan Jia Jia, yang bermaksud “hebat”.

“Jia Jia adalah anak yang baik, pintar, taat, dan berakal. Dia tidak suka menangis. Dia sangat hidup dan comel. Dia adalah jenis anak yang disukai oleh semua orang.”

Dia dan suaminya akan menghantar anak mereka ke tadika pada waktu pagi dan menjemputnya semula selepas habis waktu bekerja.

Li Jingzhi and her son Mao Yin (Jia Jia)

Jingzhi bekerja di sebuah syarikat pengeksportan biji-bijian dan ketika musim menuai dia harus meninggalkan bandar selama beberapa hari untuk mengunjungi pembekal di luar bandar. Jia Jia akan tinggal di rumah bersama ayahnya.

Kejadian yang merubah segalanya

Pada suatu hari ketika dia ke luar kawasan, dia menerima pesanan dari majikannya yang menyuruhnya kembali dengan segera.

Pada waktu itu sistem telekomunikasi tidak semaju sekarang. Jadi Jingzhi mendapat pesanan telegram yang tertera enam perkataan: ‘Kecemasan di rumah; segera kembali.’ Ini menyebabkan Jingzhi tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.

Dia bergegas kembali ke Xian, di mana salah seorang pengurusnya menyampaikan berita yang bagai menyentap seluruh raganya.

“Pengurus memberitahu yang anak saya telah hilang.”

Berita itu membuatkan dia tidak mampu berfikir. Jingzhi menganggap mungkin anaknya telah tersesat. Ketika itu dia langsung tidak terfikir bahawa dia tidak akan dapat berjumpa lagi dengan anak kesayangannya itu.

Kejadian ini berlaku pada Oktober 1988, dan ketika itu Jia Jia baru berumur dua tahun lapan bulan.

Jia Jia

Suami Jingzhi menjelaskan bahawa dia telah menjemput Jia Jia dari tadika dan ketika dalam perjalanan pulang telah berhenti untuk mendapatkan bekalan air minuman dari sebuah hotel kecil milik keluarga itu. Dia meninggalkan anak itu hanya satu atau dua minit, dan ketika dia berpaling Jia Jia sudah tiada.

Jingzhi beranggapan Jia Jia akan segera ditemui

“Saya fikir mungkin anak saya hilang serta tidak dapat pulang ke rumah dan orang ramai yang baik hati akan segera mencarinya dan membawa dia kembali kepada saya.” 

Namun setelah seminggu berlalu, dan tidak ada sebarang khabar berita Jingzhi mula sedar bahawa perkara itu adalah serius.

Dia mula bertanyakan kawasan di sekitar kejiranan hotel. Dia mencetak 100,000 poster dengan gambar anaknya dan mengedarkannya di sekitar stesen keretapi dan bas Xi’an. Jingzhi turut membuat hebahan di semua surat khabar tempatan namun masih tidak mendapat sebarang informasi.flyer

“Hati saya sakit … saya mahu menangis. Saya mahu menjerit. Saya merasakan hidup saya benar-benar kosong.”

Jingzhi akan menangis ketika melihat pakaian, kasut kecil dan mainan anaknya yang hanya meninggalkan kenangan itu.

Dasar satu anak di China

Waktu, Jingzhi tidak menyedari bahawa perdagangan kanak-kanak telah mula menjadi masalah besar di China.

Dasar satu anak telah diperkenalkan pada tahun 1979 dalam usaha untuk mengawal ukuran penduduk China yang berkembang pesat dan mengurangkan kadar kemiskinan. Pasangan yang tinggal di bandar hanya dapat memiliki satu anak, sementara pasangan di luar bandar boleh mendapat anak kedua jika yang pertama adalah seorang gadis.

Pasangan yang mahukan seorang anak lelaki bagi meneruskan nama keluarga dan menjaga mereka pada usia tua tidak lagi dapat terus berusaha mendapatkan anak lelaki. Sekiranya ada pasangan yang melanggar perintah ini, mereka akan dikenakan denda dan anak-anak tambahan mereka akan ditolak faedah sosial.

Dasar ini dipercayai telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penculikan kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak lelaki. Tetapi Jingzhi pada waktu itu tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kadang-kadang di TV, ada pemberitahuan mengenai kehilangan kanak-kanak, tetapi saya tidak pernah menyangka bahawa mereka telah diculik dan dijual. Saya hanya menyangka mereka hilang.” 

flyer

Berlaku penceraian dengan suami

Naluri pertamanya, ketika mengetahui tentang kehilangan Jia Jia, adalah menyalahkan suaminya. Namun dia menyedari bahawa mereka harus bekerjasama bagi mencari anak mereka. Namun, seiring perjalanan waktu, kesibukkan dan fokus mereka dalam pencarian Jia Jia membuatkan mereka semakin renggang dan tidak lagi berbincang mengenai isu lain. Setelah empat tahun pasangan itu bercerai.

Tetapi Jingzhi tidak pernah berhenti mencari anaknya. Setiap hari Jumaat petang setelah selesai bekerja, dia akan menaiki kereta api ke wilayah sekitar untuk mencari Jia Jia. Dia hanya pulang pada petang Ahad untuk persediaan kembali bekerja pada keesokkan harinya.

Setiap kali dia mempunyai petunjuk atau berita mengenai seorang budak lelaki yang kelihatan seperti Jia Jia, dia akan terus pergi untuk melihat.

Ibunya menjadi pendorong dalam pencarian Jia Jia

Ibunya yang sudah tua juga menjadi peringatan untuk terus mencari anaknya.

“Ibu meninggal pada tahun 2015 pada usia 94 tahun, tetapi sebelum dia meninggal, dia masih sangat merindui Jia Jia. Setelah ibu memberitahu bahawa dia bermimpi Jia Jia kembali. Dia berkata: ‘Sudah hampir 30 tahun, dia seharusnya kembali.”

Ketika ibunya jatuh tidak sedarkan diri sebelum kematiannya, Jingzhi tahu bahawa ibunya itu amat merindui Jia Jia.

“Saya berbisik di telinga ibu saya: ‘Ibu, jangan risau, saya pasti akan menemui Jia Jia. Jadi pencarian ini bukanlah hanya untuk memenuhi kehendak saya sendiri tetapi saya ingin memenuhi impian ibu saya.”

Ibu saya meninggal pada tahun 2015 pada 15 Januari, dalam kalendar lunar iaitu sama dengan hari ulang tahun Jia Jia. Jingzhi merasakan bahawa itu adalah cara Tuhan mengingatkannya agar tidak melupakan ibu yang melahirkannya dan sekaligus anak yang dilahirkannya.

Panggilan yang ditunggu-tunggu

Pada 10 Mei 2020 bersamaan Hari Ibu, dia telah mendapat panggilan dari Biro Keselamatan Awam Xi’an dengan berita yang amat memeranjatkan iaitu “Mao Yin telah ditemui.”

“Saya tidak berani mempercayai bahawa itu adalah satu kenyataan.” 

Pada bulan April lalu, seseorang telah memberinya petunjuk tentang seorang lelaki yang diambil dari Xian bertahun-tahun lalu. Orang itu memberikan gambar lelaki dewasa itu. Jingzhi menyerahkan gambar itu kepada pihak polis.

Dengan menggunakan teknologi pengecaman wajah, pihak polis berjaya mendapatkan maklumat bahawa lelaki itu tinggal di Kota Chengdu, di wilayah jiran Sichuan, sekitar 700km jauhnya.

Polis kemudian meminta Jingzhi untuk mengambil ujian DNA dan pada 10 Mei hasil keputusannya menyatakan bahawa DNA mereka adalah padan.

Pada minggu berikutnya, polis mengambil sampel darah bagi melakukan ujian DNA kali kedua dan hasilnya membuktikan bahawa mereka adalah ibu dan anak.

Setelah 32 tahun berlalu dan lebih daripada 300 petunjuk palsu akhirnya pencarian Jingzhi berakhir.

Pertemuan yang dinanti-nantikan

Hari Isnin, 18 Mei telah dipilih sebagai hari pertemuan mereka. Jingzhi sangat gugup. Dia tidak pasti bagaimana perasaan anaknya nanti terhadapnya. Jia Jia kini telah dewasa, sudah berkahwin, dan menjalankan perniagaan hiasan dalamannya sendiri.

“Sebelum pertemuan itu, saya mempunyai banyak kerisauan. Mungkin dia tidak akan mengenali saya, atau tidak akan menerima saya, dan mungkin di dalam hatinya dia telah melupakan saya. Saya sangat takut apabila saya pergi memeluk anak saya, anak saya tidak akan menerima pelukan saya. Saya merasakan itu akan membuat saya merasa lebih sakit hati, bahawa anak lelaki yang saya cari selama 32 tahun, tidak akan menerima cinta dan pelukan yang saya berikan kepadanya.”

Jingzhi yang sering muncul di televisyen untuk membicarakan masalah kehilangan anak-anak dan kesnya menjadi terkenal menyebabkan pihak media dengan senang hati melaporkan hari perjumpaan yang penuh bersejarah itu.

Pada hari perjumpaan itu, China Central Television (CCTV) menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan Jia Jia berjalan ke ruang upacara di Biro Keselamatan Awam Xi’an.

Ketika Jia Jia menjerit memanggil ibunya dan segera memluknya erat, seluruh keluarga yang berada di situ menangis sebak.

The reunification

“Itulah cara dia berlari ke arah saya sewaktu dia masih kecil.”

Jingzhi kemudiannya mengetahui bahawa Jia Jia telah dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak di wilayah Sichuan dengan harga 6.000 yuan (£ 690 / $ 840 dalam wang hari ini). Ibu bapa angkatnya menamainya Gu Ningning dan membesarkannya sebagai anak tunggal mereka.

Dia bersekolah di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej di bandar Chengdu. Ironinya, Jia Jia pernah melihat Jingzhi di televisyen beberapa tahun sebelumnya. Dia juga menyangka gambar anak kecil yang ditunjukkan di televisyen itu kelihatan seperti dirinya ketika dia kecil, tetapi Jia Jia tidak begitu memikirkannya.

Individu yang memberikan maklumat kepada Lingzhi tentang keberadaan Jia Jia meminta agar identitinya dirahsiakan.

The reunited family

Selepas pertemuan bersejarah itu, Jia Jia menghabiskan masa selama sebulan di Xi’an. Dia secara bergilir-gilir tinggal dan menghabiskan masa bersama ibu dan bapa kandungnya itu.

Mereka banyak meluangkan masa melihat foto-foto lama, dengan mengharapkan Jia Jia  mampu mengigati memori tentang masa kecilnya sebelum dia hilang.

Tetapi malangnya, Jia Jia tidak ingat apa-apa yang terjadi padanya sebelum dia berusia empat tahun.

Li Jingzhi and her son Mao Yin (Jia Jia)

Jingzhi menyedari, sewaktu mengunjungi semula tempat-tempat di daerah Xian, ianya adalah mustahil untuk menghidupkan kembali masa lalu.

“Saya merasa setelah dia kembali ke pangkuan saya, kami akan dapat mula semula kehidupan ketika dia masih kecil, dengan mengisi jurang kekosongan selama 32 tahun ini.”

Dia pernah menyatakan kepada Jia Jia dapatkah dia menjadi anak kecil semula yang berusia dua tahun dan lapan bulan dan menjalani kehidupan waktu dahulu.

Namun Jingzhi tahu bahawa semua itu adalah mustahil

Jia Jia kini terus tinggal di Chengdu sementara Jingzhi masih menetap di Xi’an. Ramai yang menyarankan agar dia meyakinkan Jia Jia untuk kembali ke Xian supaya boleh berada di sisinya.

Walaupun dia suka perkara ini terjadi, namun dia mengatakan dia tidak ingin membuat kehidupan Jia Jia menjadi rumit.

“Dia sudah dewasa sekarang. Dia mempunyai cara berfikir sendiri. Dia mempunyai kehidupannya sendiri. Jia Jia telah berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri. Jadi saya hanya boleh mendoakannya dengan baik, dari kejauhan.” 

“Aku tahu di mana anakku dan aku tahu dia masih hidup. Itu sudah mencukupi.”

Kedua anak-beranak ini akan berkomunikasi setiap hari melalui aplikasi media sosial popular China iaitu Wechat.

Li Jingzhi and her son Mao Yin (Jia Jia)

Jingzhi mengatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berkat usaha pemerintah China dan media China untuk membuat hebahan mengenai masalah penculikan dan penjualan kanak-kanak ini, jumlah kes penculikan telah mula menurun.

Namun masih banyak keluarga yang masih mencari anak mereka yang hilang dan banyak anak yang sudah dewasa mencari ibu bapa kandung mereka.

Dan bagi Jingzhi ini masih merupakan tugasan baginya untuk membantu mereka.

“Saya akan terus menolong untuk mencari keluarga mereka.” 

Li Jingzhi and her son Mao Yin (Jia Jia)

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments