Ibu Bapa Bergaduh, Bayi Maut Kerana Dibiar Tidak Makan Selama 4 Hari

Perselisihan pendapat mahupun salah faham, sering kali berlaku dalam hubungan suami isteri selepas melangkah ke alam perkahwinan, perkara itu sehingga kini dilihat bagai asam garam dalam kehidupan berumah tanga.

Bagaimanapun, di Mesir, ia seakan mengejutkan ramai pihak apabila seorang bayi berusia 4 bulan maut selepas ditinggalkan ibu bapanya di rumah seorang diri.

Memetik laporan Gulf News, bapa bayi berkenaan mendakwa beliau menghilang selama beberapa hari atas alasan bekerja. Malah, lelaki itu juga tidak terlepas menyalahkan isterinya kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Advertisement

Namun begitu, hasil siasatan mendapati, pasangan itu khabarnya berdepan perbalahan besar sehingga isterinya bertindak melarikan diri ke rumah keluarganya.

Untuk rekod, kedua-dua mereka kini telah ditangkap dan ditahan sementara siasatan selesai dijalankan. Susulan kejadian yang dilihat tidak masuk akal itu, pasangan ini dikatakan telah mendapat kritikan hebat daripada rakyat di negara tersebut.

Sumber: Gulf News

Comments

comments