“Ibu-Bapa Wajib Tahu” – Dr Ini Ulas 6 Fasa ‘Sexual Grooming’ Yang Selalu Pemangsa Lakukan

Baru-baru ini, telah tular satu video yang memaparkan seorang lelaki yang bercium mulut dengan adik angkatnya sebagai tanda meluahkan rasa sayang. Namun, tindakan tersebut akhirnya mendapat pelbagai reaksi dan kecaman dari warga netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan perlakuan sebegitu.

Penularan tersebut membuatkan netizen beranggapan adik tersebut seolah sedang mengalami ‘sexual grooming’ tanpa disedarinya.

Oleh itu, seorang Dr yang dikenali Redza Zainol terpanggil untuk berkongsi fasa ‘sexual grooming’ yang patut diketahui semua terutama ibu bapa di laman sosial milik beliau.

Advertisement

1. Memilih mangsa

Kebiasaannya, pemangsa yang ingin melakukan serangan seksual akan mencari mangsa yang lemah, sangat mahukan perhatian, kurang keyakinan diri, kurang berpendidikan dan merupakan anak istimewa.

2. Mengumpul maklumat mangsa

Untuk fasa ini, mangsa akan selalu diperhatikan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keinginan dan kelemahan terbesar mangsa. Menakutkan!

3. Mula dapatkan kepercayaan mangsa

Pada waktu ini, individu ini akan mula menawarkan diri untuk membantu mangsa dengan niat mendapatkan kepercayaan mangsa.

“Ini rahsia kita berdua, mak ayah tak boleh tahu”

Bukan itu sahaja, si pelaku akan mula memadam sempadan antara perlakuan yang benar atau salah. Contohnya dengan menggunakan ayat yang membuatkan mangsa lebih selesa.

4. Pemangsa membina kredibiliti di mata mangsa

Pelaku atau pemangsa biasanya akan memberikan kasih sayang, perhatian, tenaga, dan wang sehingga mereka menjadi sangat rapat seperti kawan baik.

5. Isolasi mangsa

Lebih menakutkan, pemangsa sudah berani untuk menjauhkan mangsa dari keluarganya sendiri. Ini kerana pemangsa ingin mencari peluang untuk berada berdua-duaan dan bersendirian dengan mangsa.

Selalunya,mangsa akan diajak tidur dirumah, ditawarkan untuk hantar ke sekolah dan sebagainya.

6. Perbuatan seksual

Fasa ini merupakan fasa klimaks dimana pemangsa sudah mula berani bertindak dengan menghilangkan sempadan sentuhan selamat dan tak selamat.

Misalnya, menzahirkan kasih sayang namun dengan cara yang tidak benar, seperti bercium mulut dan bahagian yang tidak sepatutnya.

Pemangsa juga akan memanipulasi kelemahan mangsa sepenuhnya selain menggugut mangsa dan mengawal pergerakannya.

Menakutkan ya, semoga perkongsian ini dapat memberi ilmu baharu buat ibu-bapa diluar sana. Selalulah memantau aktiviti anak-anak, jangan biarkan mereka tertindas dek pemangsa yang hanya mementingkan kemahuan sendiri.

 

SUMBERTwitter

Comments