Ibu Berkerja Di Lorong, Demi Sara 3 Orang Anak Belajar Di Mesir

10801

Siapa tidak kenal dengan pendakwah Ustaz Ebit Lew, beliau adalah seorang pendakwah yang sering kali mendekati transgender/makyah dan wanita-wanita kerja lorong untuk tujuan berdakwah.

Baru-baru ini beliau pergi ke lorong-lorong tepat jam 12 malam untuk mengetahui kisah duka setiap orang di sana yang mempunyai kisah tersendiri mengapa mereka boleh berada di lorong tersebut.

Melalui perkongsian di akaun Facebook miliknya, beliau menceritakan kisah sedih seorang kakak yang sudah lama berkerja di lorong demi membiayai pengajian 3 orang anaknya di Mesir.

Suaminya sudah tiada sejak 13 tahun yang lalu. Sampai sekarang beliau terpaksa berkerja di lorong. Anak 3 orang belajar di Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya.

Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu.

Mereka ini kadang-kadang menangis seorang diri dan sangat kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan sangat rindukan keluarga.

Katanya beliau menangis selepas jumpa mereka. Mereka semua tidak berhenti mengucapkan terima kasih kerana datang ke lorong ini.

Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan.

Terdapat satu kisah lagi yang beliau kongsikan. Seorang wanita ini telah berkerja di lorong tersebut dari umur 11 tahun lagi bagi membantu kelaurga dan adik beradik sehinggalah hari ini.

Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita!

Beliau berkata mereka turut membawanya menziarahi semua wanita dan juga transgender yang berkerja di lorong.

Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat.

Malah katanya, ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang.

Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram.

Mereka kadangkala menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga.

Katanya, ramai dalam kalangan mereka dari seluruh negara hadir secara sukarela ke program motivasi selama tiga hari di Port Dickson baru-baru ini.

Mereka datang sukarela nak belajar solat. Pohon doa semua buat saya, mereka serta semua manusia di dunia ini supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Mereka semua baik-baik.

 

Semoga Ustaz Ebit Liew dapat membantu mereka untuk berjuang dan kembali bertaubat ke jalan Allah satu hari nanti.

Comments

comments