Ibu Didenda $750 Pukul Anak Dengan Senduk Kayu

778

Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya. Begitu juga dengan seorang ibu di Australia yang terlalu geram, hingga memukul anak perempuanya pada bahagian punggung dengan senduk kayu.

Tetapi lain jadinya, apabila beliau telah dikenakan denda $750 kerana telah memukul anaknya sehingga lebam.


Tania 35, telah memukul anak perempuanya pada Oktober tahun lepas selepas menyedari anaknya mengeluarkan daging ham burger daripada peti sejuk, lalu memakannya.

Beliau menyejukkan daging tersebut untuk diberikan kepada anjing peliharaanya. Sebelum kejadian, beliau telah berpesan kepada anaknya untuk tidak mengusik daging tersebut yang telah disediakan khas untuk anjing mereka bersama ubat.

Saya bangun pagi dan melihat anak saya diam sahaja, di dalam bilik menonton television bersama daging ham burger yang sepatutnya diberikan kepada anjing saya.

Ketika itu, saya terlalu panik dan sangat kecewa dengan perangainya pada hari itu. Saya terus fikir perkara negatif sahaja.

Adakah saya meletakkan ubat di dalam daging tersebut? Jika tidak pasti mulut anak berbuih.

Tania berkata, beliau menangis setiap hari sejak dari pertuduhan itu. Walaupun sekarang agak sukar, beliau tetap akan mendisiplinkan anak-anaknya.

Saya percaya dengan mendisiplinkan anak, mereka akan belajar hormat kita dan tidak akan mengulangi perangai nakal mereka.

Zaman sekarang, kita ibu bapa sudah tidak boleh bertindak kerasa terhadap anak. Bagaimana nak didik anak ?


Adakah memukul anak tujuan membimbing itu salah? Apa pendapat anda semua.

Sumber: Dailymail

Comments

comments