Ibu Durjana Beri Anak Pil Perancang Agar Bapa Dapat Ratah Badan 2 Anak Gadis Mereka

39699

Apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang, seorang bapa sanggup merogol dua anak gadisnya demi memuaskan nafsu binatangnya.

Kejadian ini berlaku di Borneo, Indonesia. Ia Lebih menyedihkan, apabila si bapa  berkomplot dengan isterinya sendiri dalam menodai kehormatan dua anak kandung mereka sendiri.

Malang sungguh nasib kedua anak perempuan pasangan ini apabila ibu mereka sendiri yang bersubahat dengan suaminya dengan memberikan pil perancang kehamilan kepada kedua-dua anaknya, lapor Mirror Uk.

Bapa yang berusia 67 tahun telah ditahan oleh pihak polis Indonesia apabila dikatakan memukul dan merogol dua anak kandunngnya yang masing-masing berusia 16 dan 19 tahun.

Pihak berkuasa mendakwa bapanya mengaku melakukan perbuatan itu berulang kali kepada anak perempuannya.

Menurut Ketua Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Serantau, perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak tahun 2012 lagi sehinggalah kedua-dua remaja itu mengadu kepada jiran mereka kerana tidak tahan diperlakukan sebegitu.

Kini siasatan sedang dijalankan dan mangsa berada di bawah perlindungan pihak polis.

Jika disabit kesalahan suspek akan menerima hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak.

Sumber: Mirror UK

Comments

comments