Ibu Ini Kongsi Cara Dan Tips Menjaga Anak Dijangkiti Influenza Sehingga Sembuh

influenza

Penyebaran virus Influenza semakin meluas dan mencatatkan kenaikan jumlah mereka yang dijangkiti virus ini di Malaysia. Sebelum ini dilaporkan seramai 89 murid di negeri Johor telah dijangkiti virus Influenza dengan kawasan tertinggi kes di Pasir Gudang.

Baca: Pasir Gudang Mencatatkan Jumlah Kes Paling Tinggi Di Johor Dengan 89 Orang Murid Dijangkiti Virus Influenza

Pastinya ramai ibu bapa yang bimbang anak-anak di sekolah dijangkiti virus yang sama. Bukan sahaja peluang dijangkiti lebih tinggi di sekolah malah ada ibu bapa yang tidak mengasingkan anak yang dijangkiti di rumah.

Selain daripada mengikuti langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh KKM ini, para ibu bapa boleh mencuba panduan yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Facebook. Untuk pengetahuan anda, Rosmarlina pernah mempunyai pengalaman menguruskan anaknya yang dijangkiti virus Influenza A.

Advertisement

Menetap di Jepun

Di Jepun, kalau kena Influenza tak perlu masuk wad tapi kena kuaratin di rumah. Namun kalau suhu tinggi berterusan kemungkinan perlu water drip (intravenous drip) beberapa jam dan kemudian boleh balik rumah dan terus kuaratin dan makan ubat sahaja.

Cuma Influenza ni virus nya memang akan menyerang sendi-sendi, mengakibatkan loya dan muntah serta demam dengan suhu yang tinggi dan membuatkan badan tak bermaya.

Pada kes Maryam (anak), suhu tinggi hanya dicatat pada hari pertama dan kedua sahaja. Lepas tu suhu mula dah turun, ini bermakna ubat tamiflu itu sangat berkesan untuk merawat virus Influenza ini.

Jika anak anda terkena jangkitan Influenza, ini langkah-langkah yang patut diambil.

  • Pakaikan mask pada anak yang terkena demam Influenza tu, kalau boleh semua anggota keluarga juga pakai mask.
  • Beli hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan dengan sabun anti bakteria.
mask
Sumber
  • Bila masuk rumah, kumur mulut sekurang-kurangnya dua kali dan basuh tangan menggunakan sabun tangan anti bakteria.
  • Minum air yang banyak, kalau boleh minum air sport drink macam aquarius atau pocari sweat (ada jual di Shopee).
  • Mandi sekali sehari untuk redakan panas dalam badan.
  • Pakaikan juga cool fever jika perlu. Tukar yang baru jika dah guna lebih dari 8 jam.
cool fever
Sumber
  • Jangan kongsi makanan, minuman, cawan, sudu, pinggan dengan anak yang dijangkiti Influenza.
  • Kuaratin duduk dirumah sahaja.
  • Jauhkan pergi ke tempat awam atau ramai orang.
  • Pastikan jika merawat anak yang sakit di rumah kita sebagai mak atau ahli keluarga yang masih sihat kena selalu basuh tangan. Jika perlu pakai juga mask.
basuh tangan
Sumber
  • Makanan yang disarankan makan ialah nasi putih, bubur nasi, buah epal, pisang, biskut tawar dan cereal.
  • Yang ni optional, kalau ada dekat rumah air filter humidifier tu lagi bagus.
  • Jika dah lebih dari tiga hari dengan suhu 38.5C ke atas pergilah hospital untuk rawatan lebih lanjut.
  • Rehat yang mencukupi dan makanlah ubat yang disarankan oleh doktor.
  • Pantau suhu anak yang demam dengan mencatat suhu dengan termometer, check kalau boleh 2 jam sekali.
suhu badan
Rekod suhu badan Maryam
  • Anak akan mengerang sesekali meracau ketika tidur atau seakan terkejut-terkejut ketika tidur. Tenangkan anak dan pujuk dengan baik jika perlu.
  • Anak juga mungkin muntah, basuh tempat muntah tadi dengan bersih dan lap dengan air suam atau spray dengan sabun anti bakteria.
  • Pakaikan baju yang anak-anak selesa, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
  • Pakaikan stokin jika perlu.

Akhir sekali untuk yang belum terkena demam Influenza, ambil vaksin Influenza di klinik berdekatan.

Ros agak risau sebab Ros ada baby umur 3 bulan (Umar), takut dia berjangkit sama, tapi Alhamdulillah setakat minggu ni Umar dan anak-anak yang lain masih sihat dan  bersekolah seperti biasa. Tapi setiap pagi Ros akan sukat suhu Wazhif Anas dan Umar untuk pastikan mereka sihat.

Pada yang masih sihat, jaga kebersihan dan pakailah mask walaupun hanya batuk dan selsema. Jaga kesihatan sendiri dan pentingkan kesihatan orang lain juga.

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Kritikal Sejak Empat Hari Lalu Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

Comments

comments