Ibu & Kekasih Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Membunuh Anak

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap R Saravanan, 30, dan T Gayathry, 36, yang didapati bersalah membunuh anak wanita itu enam tahun yang lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

Untuk makluman, pasangan itu didakwa membunuh S Kaviarasan, 5, yang juga anak Gayathry di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah, di sini, kira-kira jam 8 hingga 11.25 pagi, antara 20 hingga 29 September 2014. Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Advertisement

Kata Hakim Mahkamah Tinggi:-

Selepas mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Oleh itu mahkamah ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati

Untuk makluman, T Gayathry sempat membersihkan bilik air yang dipenuhi darah selepas pembunuhan dilakukan oleh kekasihnya. Ketika ditinggalkan berseorangan selama 4 jam, dia juga tidak meminta sebarang pertolongan daripada polis, jiran atau orang ramai. Malah ketika membuat laporan polis, si ibu juga tidak menceritakan perkara yang sebenar. Oleh kerana itu si ibu dituduh berkomplot di dalam menjalankan pembunuhan ini.

Kedua-dua tertuduh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang namun Gayathry dilihat mengesat air matanya.

Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Sumber : NST

Comments

comments