Ibu Kepada 3 Orang Anak Raih Tempat Ketiga Pertandingan Mrs World 2019

12131

Seorang ibu yang berasal dari Kuala Lumpur mempunyai 3 orang anak muncul sebagai salah seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World mewakili Malaysia.

Sejak 35 tahun, ini adalah kali pertama seorang rakyat Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang.

Dipetik daripada Berita Harian, Kokilam Kathirvailu, 34, meraih tempat ketiga pada pertandingan Mrs World 2019 yang diadakan di West Gate Resort di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu, menurut Pengarah Nasional Mrs Malaysia World Datin Harveen Kaur yang juga juara Mrs Malaysia World 2017.

Menurut Kokilam, wanita yang berkahwin harus mempunyai impian besar dan jangan berkompromi dalam impian dan juga harapan mereka.

Dengan memenangi pertandingan ratu cantik ini, saya mahu menjadi contoh, iaitu seseorang wanita yang baru berkahwin, kehidupan mereka tidak berakhir. Harus menaruh harapan besar dan capailah impian itu.

Wanita yang berkahwin sama ada seorang wanita yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan harus belajar pelbagai tugas.

Beliau berkata, ia adalah satu penghormatan kerana buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun, seorang rakyat Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World.

Dalam satu kenyataan beliau, pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 itu menampilkan peserta dari 38 negara.

Mahkota Mrs World 2019 menjadi milik Jennifer Le dari Vietnam manakala Matapa Maila Rikhotso dari Afrika Selatan muncul naib juara.

Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara.

Comments

comments