Ibu Tunggal Dakwa Dirogol Pegawai Polis, Paksa Ikut Kehendak Jika Mahu Kes Selesai

ibu tunggal dakwa dirogol pegawai polis

Seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Suspek berusia 29 tahun dikatakan melakukan perkara terkutuk itu pada jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan.

Sumber berkata, semasa berada dalam bilik berkenaan, suspek dikatakan membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral serta melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

Pada mulanya, mangsa yang berstatus janda dan mempunyai dua anak ditangkap itu bersama bekas suaminya hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Lebih mengejutkan, suspek sebenarnya adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes berkenaan.

Susulan tangkapan berkenaan, wanita dan bekas suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dan direman seminggu sehingga Jumaat ini.

Advertisement

Pun begitu, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

Gambar hiasan
Gambar Hiasan

“Semasa berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan”

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan.

Macam-macam dunia sekarang ya. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Semoga kes ini dapat diadili sebaiknya.

SUMBER

Comments

comments