Ikan Todak Melompat Keluar Dari Air Dan Tikam Leher Remaja

4190

Seekor ikan menikam seorang remaja tepat di leher setelah melompat keluar dari air.

Muhammad Idul, 16, sedang memancing di selatan Indonesia apabila seekor todak melompat ke arahnya dan menusukkan rahangnya yang panjang dan tajam ke leher remaja itu.

Media tempatan melaporkan bahawa dia terjatuh dari bot dan berjaya berenang ke permukaan, masih dengan rahang ikan itu tertusuk dalam lehernya.

Dia kemudian dibawa ke hospital di bandar Baubau tetapi staf di situ enggan mengeluarkan todak tersebut kerana memerlukan kemahiran pakar.

Remaja itu kemudiannya dipindahkan ke satu hospital di bandar Makassar di mana doktor membuat pembedahan selama sejam untuk mengeluarkan ikan itu dari lehernya.

Gambar-gambar menunjukkan kepada ikan itu setelah ditarik keluar, dan juga semasa ia masih tertusuk di leher Muhammad Idul.

Keadaannya dilaporkan stabil dan sedang dirawat di hospital untuk mengelakkan jangkitan selama tiga hingga empat hari.

Todak boleh melompat pada kelajuan 37 batu sejam.

Sekurang-kurangnya dua manusia telah terbunuh dalam sejarah membabitkan todak. Seorang budak lelaki 10 tahun terbunuh pada tahun 1977 di Hawaii semasa  memancing bersama bapanya, apabila seekor todak melompat dan menusuk matanya.

Seorang kadet laut 22 tahun dari Thailand, Kriangsak Pengpanich, terbunuh pada tahun 2018 apabila ditikam todak semasa latihan. – amazingnara.com via Metro UK

 

Comments

comments