Ikuti Langkah Pencegahan Virus Influenza Daripada Terus Merebak Terutama Dalam Kalangan Kanak-Kanak

707
influenza

Kes jangkitan virus influenza masih lagi berada di paras yang normal dan terkawal setakat ini. Namun, pada tahun 2019 kenaikan dua kali ganda direkodkan berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak sejumlah 2076 kes direkodkan pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes.

Susulan daripada peningkatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun.

kanak-kanak demam
Gambar hiasan
  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging).
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak.
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

virus influenza

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.

Untuk mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan.

Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah. Selain itu, elakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain.

Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan. Ramai yang berdegil untuk tidak jalani pemeriksaan doktor walaupun sudah mengalami batuk dan sakit tekak dalam tempoh yang lama dan kemudian membuatkan ianya semakin merebak.

Comments

comments