Ikuti Trend Mekap 2019 Neon Eyeliner Untuk Gaya Yang Lebih Unik

834

Satu ketika dahulu trend memakai cat eye untuk eyeliner hitam menjadi ikutan untuk mereka yang memakai mekap. Trend ini memang menjadi ikutan kerana di mana-mana sahaja akan ada yang memakai gaya tersebut. Tetapi sekarang ini mungkin ada yang sudah bosan untuk buat gaya yang sama sahaja kan? Takkan masih nak gunakan eyeliner hitam sahaja?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hayley Kassel (@hkassel) on

Untuk trend terkini, penggunaan neon eyeliner mula mendapat perhatian terutamanya ketika selebriti terkenal Hollywood mula menggayakannya. Gaya ini bukan sahaja nampak unik dan fresh tetapi juga menggantikan gaya bosan yang biasa.

Sekarang ini di dalam industri, selain menggayakan cat eye menggunakan eyeliner hitam, trend terkini adalah dengan menambah warna dengan penggunaan neon eyeliner.

Jurumekap terkenal, Hayley Kassel berkongsikan fenomena neon eyeliner melalui hasil solekannya ini. Penggunaan eye primer sangat penting untuk gaya ini terutamanya jika anda mempunyai kelopak mata yang berminyak.

Terutamanya untuk yang baru mencuba, penting untuk tidak gopoh untuk mendapatkan gaya yang anda mahukan. Mula dengan langkah demi langkah dan ikut kemampuan diri.

Pada mulanya, anda mungkin berasa takut untuk mencuba kerana warnanya yang terang jadi mulakan dengan gaya yang ringkas dan tidak keterlaluan. Ingat, start small!

Nampak unik kan? Selamat mencuba!

Sumber: ELLE, Hayley Kassel

Comments

comments