Imej Satelit Perancis Kenal Pasti 122 Objek Terbaru Di Lautan Hindi Mungkin Berkaitan MH370

176

Pihak berkuasa Malaysia memberitahu bahawa imej-imej satelit terbaru dari Perancis telah mengenal pasti 122 objek terapung di Lautan Hindi, kira-kira 2, 557 km dari Perth.

Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata imej satelit tersebut diambil pada 23 Mac. Objek berukuran dari satu meter hingga 23 meter, dan ada antaranya berwarna terang.

697551-f57541a6-b4cc-11e3-995d-6099a80e173b

Hishamuddin memberitahu dia menerima imej-imej satelit itu dari Perancis semalam. Katanya:-

Semalam, 25 Mac, Agensi Pengesanan Jarak Jauh Malaysia (MRSA) menerima imej satelit terbaru dari Airbus Defence and Space, yang beribu pejabat di Perancis, dan imej-imej ini diambil pada 23 Mac.

MRSA menganalisa imej tersebut dan pada satu kawasan seluas 400 km persegi, kami telah mengenal pasti 122 objek berpotensi.

Sesetengah objek berukuran satu meter dan ada yang berukuran 23 meter. Beberapa objek kelihatan terang, berkemungkinan menunjukkan material pejal.

Hishamuddin menekankan yang masih belum jelas sama ada objek berpotensi itu datangnya dari MH370.

Bagaimanapun ini ialah satu petunjuk baru yang membantu operasi pencarian.

Kami kini sudah mempunyai empat petunjuk satelit dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan serpihan yang bekemungkinan. Ia kini penting bagi kami untuk memautkannya kepada MH370. Ini akan membolehkan kami mengecilkan kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan dari pesawat tersebut.

Laporan asal: News Australia

 

Comments

comments