India Beri Hukuman Ketuk Ketampi Kepada Rakyat Yang Ingkar Pada Arahan ‘Lockdown’

986
india

Masalah penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kebanyakan negara mengambil langkah melakukan perintah berkurung untuk membendung penularan ini. Pada Ahad lalu, India telah melaksanakan perintah ‘lockdown’ di mana semua rakyatnya diminta untuk berada di rumah selama 21 hari.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ selama 21 hari bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam. Rakyat mereka hanya dibenarkan keluar untuk tujuan kecemasan seperti memberi barang keperluan, sama seperti yang dilakukan Malaysia kini. Tetapi perintah ‘lockdown’ ini tidak diambil serius oleh rakyat India.

Pihak polis telah mengenakan hukuman ketuk ketampi kepada mereka yang didapati berlegar-legar di kawasan awam. Walaupun bunyinya seperti kelakar tetapi ini adalah salah satu cara untuk mendisplinkan mereka yang masih berdegil dan tidak faham bahasa.

“Kami adalah musuh masyarakat. Kami tak boleh duduk diam-diam di rumah.”

Bukan sahaja ketuk ketampi, malah pihak polis juga ada yang menggunakan cota untuk merotan mereka yang berada di luar. Berdasarkan laporan, kerajaan India mungkin bakal tampil dengan hukuman yang lebih ketat memandangkan rakyat mereka masih ramai yang tidak mendengar arahan yang dikeluarkan.

Dirotan dengan cota

Berguling di atas tanah


Ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk melakukan perintah ‘lockdown’ bagi negara yang mempunyai penduduk seramai 1.3 billion orang itu. Namun, Perdana Menteri India memberitahu itu adalah satu-satunya langkah yang wajar diambil pada waktu ini untuk menghentikan penularan yang lebih meluas.

Sebelum ini juga, pakar dari China menegur Itali yang dilihat tidak mengamalkan perintah berkurung yang ketat sehinggakan angka kematian semakin meningkat. Menurut pakar tersebut, jika perintah berkurung diambil dengan serius, kadar kematian dapat diturunkan dengan lebih cepat seperti yang berlaku di Wuhan.

Artikel berkaitan: Itali Catat Jumlah Kematian Paling Tinggi Mengatasi China, Pakar Tegur Arahan Berkurung Yang Tidak Ketat Di Itali

Comments

comments