Individu Akan Dipanggil Untuk Suntik Semula Jika Terbukti Terima ‘Vaksin Kosong’

vaksin kosong

Kementerian Kesihatan memberi penjelasan bahawa mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘kosong’ bakal menerima suntikan dos baharu.

Datuk Seri Adham Baba selaku Menteri Kesihatan berkata, pihaknya akan memanggil individu yang terlibat untuk menerima suntikan vaksin semula.

Ketika dihubungi Harian Metro, beliau mengatakan dengan ringkas bahawa individu tersebut akan dipanggil untuk suntik semula.

Beliau memaklumkan hal tersebut ketika diminta mengulas berhubung kejadian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tular di laman sosial dakwaan mengenai picagari kosong.

Advertisement

Antara kes dilaporkan iaitu kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah dimana PPV tersebut dikhaskan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka saja.

Terdahulu, terdapat juga dua lagi dakwaan mengenai suntikan ‘picagari kosong’ iaitu di PPV Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC) dan di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments