Indonesia Dijangka Bakal Terima 700,000 Kes Positif COVID-19 Bulan Hadapan

covid-19 di indonesia

Meskipun pada awalnya tidak menunjukkan kes positif COVID-19 secepat negara yang lain, Indonesia kini telah melaporkan kes melebihi angka 1,000. Di mana terdapat 1,284 pesakit yang sedang menerima rawatan manakala terdapat 114 kematian yang dicatatkan setakat hari ini.

Walaubagaimanapun, jumlah kes positif COVID-19 dilihat akan naik mendadak antara 600,000 hingga 700,000 pada penghujung April nanti.

Disebabkan oleh itu, negara tersebut sedang dalam usaha untuk menyediakan 1 juta kit ujian bagi menjalani pemeriksaan dalam skala yang besar. Ini bagi memeriksa sama ada rakyatnya positif COVID-19 dalam kadar yang cepat.

covid-19 di indonesia

Sesiapa yang dibenarkan untuk mendapat pemeriksaan itu akan ditentukan menerusi analisa risiko di mana mereka yang langsung tidak terdedah dengan virus berkenaan, tidak dibolehkan untuk mengambilnya.

Keutamaan untuk melalui ujian ini akan diberikan kepada individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif COVID-19. Bila mana seseorang itu disahkan dijangkiti virus tersebut, kerajaan akan berusaha untuk mengesan sesiapa sahaja yang mempunyai kontak dengan pesakit tersebut sepanjang tempoh 14 hari sebelumnya.

Bagi memastikan keputusan yang lebih cepat, ujian itu akan dijalankan menggunakan sampel darah. Sekiranya mempunyai indikasi jangkitan, ujian ‘swab’ pula akan dilakukan bagi memastikan keputusan yang lebih tepat.

Semoga wabak COVID-19 akan segera dibendung di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments