Influencer Israel Dakwa Jutaan Rakyat Malaysia Sokong Israel

Penindasan terhadap penduduk Palestin oleh rejim Zionis telah berlaku sejak mereka pertama kali memasuki Palestin pada tahun 1946. Keganasan ini telah menyebabkan kemarahan seluruh negara umat Islam termasuk negara bukan islam kerana ia isu kemanusian.

Seperti yang semua tahu, negara kita Malaysia tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana kita tidak pernah mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara.

Terbaru, satu video telah tular di laman sosial Twitter di mana seorang influencer Israel telah mengajak untuk menghentikan perbalahan siber ini dan berdamai.

Advertisement

Menurut perkongsian video tersebut, influencer berkenaan juga mendakwa jutaan rakyat Malaysia mendoakan dan menyokong Israel.

Oleh itu, dia berharap suatu hari nanti kedua-dua buah negara Malaysia dan Israel akan mempunyai hubungan diplomatik.

Golongan radikal Malaysia?

Dalam video tersebut Influencer berkenaan juga menyebut tentang golongan radikal di Malaysia yang menyokong organisasi keganasan seperti Hamas, Hezbollah dan organisasi Palestin.

Selain itu, dia juga berkata bahawa dia pernah berkhidmat untuk ketenteraan Israel dan tidak pernah menyakiti rakyat Palestin kerana mereka tidak pernah diajar untuk bertindak kasar.

“Sejak bila rakyat Malaysia sokong Israel?”

Di ruangan komen pula rata-rata netizen mengutuk influencer berkenaan kerana tindakannya yang ternyata tidak benar sama sekali.

Komen dakwaan rakyat Malaysia sokong Israel
Sumber – Twitter
Komen dakwaan rakyat Malaysia sokong Israel
Sumber – Twitter
Komen dakwaan rakyat Malaysia sokong Israel
Sumber – Twitter

Ada seorang netizen berkata rakyat Malaysia tidak akan sesekali menyokong rejim Zionis yang kejam, pembunuh dan melakukan pembersihan etnik secara meluas.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan tipu muslihat golongan Yahudi kerana menurut Al-Quran mereka merupakan bangsa yang bijak.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERTwitter

Comments