Ingatkan Air Hujan Masuk Rumah Sebab Bumbung Bocor, Rupa-Rupanya..

Daun Keladi Tadah Air Hujan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara kita akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula hujung September hingga pertengahan atau hujung Oktober ini.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh atmosfera yang tidak stabil sekali gus meningkatkan aktiviti perolakan dan membawa lebih banyak hujan khususnya di pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan barat Sabah pada sebelah petang serta awal malam.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang akan bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.

Advertisement

Disebabkan itu, penduduk di kawasan rendah dan biasa dinaiki perlu lebih waspada apabila berlaku hujan lebat. Orang ramai dinasihati untuk menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil apabila berlaku kejadian buruk serta segera berpindah ke pusat pemindahan disediakan apabila diarahkan.

Lelaki sangka bumbung rumahnya bocor kerana hujan lebat tetapi ada punca lain sebenarnya

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @sera9478 yang memaparkan situasi dialami seorang lelaki gara-gara hujan yang telah menjejaskan keadaan di rumahnya.

@sera9478kerja dia? bunyi asal – juzuk sera channel

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu memberitahu yang dia merasa hairan bagaimana air hujan boleh memasuki rumahnya. Malah, pada awalnya dia menyangka ada keboocoran pada bumbung rumahnya yang menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumah.

Apa yang membuatkan ramai penonton merasa terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila selepas perkara itu diselidik oleh lelaki tersebut, rupa-rupanya sebatang pokok daun keladi yang menjadi puncanya dan bukan kerana kebocoran pada bumbung rumahnya.

Daun dari pokok daun keladi tersebut telah menadah air hujan lalu mengakibatkan daun tersebut telah menumpahkan air hujan yang bertakung ke dalam rumahnya.

Lebih melucukan, lelaki itu siap berkongsi kejadian tersebut yang berlaku apabila daun dari pokok itu melimpahkan air yang bertakung. Rupa-rupanya, selama ini pokok yang ditanamnya yang menjadi punca kepada masalah yang dialaminya itu.

Waterpark free hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 202.2 ribu tontonan, 21.1 ribu tanda like dan 1.8 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi lucu yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan Daun keladi tadah air hujan

Daun keladi tadah air hujan
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan kepada lelaki tersebut supaya meletakkan kepalanya di bawah curahan air daun keladi itu kerana ia sememangnya sama seperti di taman tema air.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments