Ingatkan Guna Telefon Untuk Belajar, Ibu Terkejut Anak Habiskan RM2,600 Beli ‘Game’ Online

anak habiskan rm2,600

Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan murid-murid harus mengikuti Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) demi keselamatan mereka.

Namun ketika sesi pembelajaran PdPR di rumah, ada beberapa isu yang sering dihadapi oleh murid-murid dan juga tenaga para pengajar di mana kekurangan jaringan internet, tiada gajet yang bagus dan sebagainya.

Seorang pengguna di Facebook, Nor Liyana Abdullah, berkongsi pengalamannya memberikan telefon kepada anak untuk sesi PdPr tetapi terkejut apabila melihat baki wang di akaun bank hanya tinggal RM2 sahaja.

Advertisement

Apa yang membuatkan dia pelik lagi adalah bagaimana transaksi berkenaan boleh berlaku sedangkan dia tidak menerima nombor TAC di telefon utamanya.

Disebabkan hal ini, Nor Liyana memberi peringatan kepada para ibu bapa di luar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika sesi PdPR dan boleh memuat turun beberapa aplikasi keselamatan bagi mengesan dan membendung perkara ini daripada berlaku.

Sumber

SUMBERFacebook

Comments