Ingin “Berkonvoi” atau “Cross Border” ? Ini Kos Yang Anda Perlu Tanggung Pada Musim COVID-19

Pastinya ramai yang dah gian untuk berkonvoi, terutamanya peminat kenderaan dua roda. Setiap hujung minggu, memang tak sah kalau tak penuh lebuhraya dengan deruman motosikal berkuasa tinggi. Tetapi, ada juga segelintir yang ingin berkonvoi merentas sempadan seperti ke Hatyai.

Menerusi sebuah posting oleh Motoworld Malaysia, inilah kos atau bayaran yang perlu dijelaskan apabila anda ingin “cross-border”

Hospital Hatyai COVID-19 Check – 3200 baht (RM450.00)

Kos Pemeriksaan COVID-19 – RM150.00 untuk warganegara dan RM250 untuk bukan warganegara

Advertisement

Dan yang paling mahal, adalah bayaran kuarantin di hotel selama 14 hari

Kuarantin di Hotel Seri Malaysia untuk 14 Hari – satu bilik untuk 2 orang RM3,500. Jika anda berseorangan kosnya adalah RM2,100

Pada pendapat penulis, mungkin aktiviti berkonvoi merentas sempadan ini boleh ditunda sehingga selesainya pandemik COVID-19 ini. Dengan kos yang agak tinggi, mungkin lebih berbaloi jika anda berkonvoi dalam negara sahaja.

Sumber : Motoworld Malaysia

Comments

comments