Ini 5 Pulau Yang Wajib Anda Kunjungi Selain Di Terengganu

54

Semua resort dan chalet di pulau peranginan sekitar Terengganu dijangka ditutup kepada pelancong bermula Oktober ini. Penutupan itu dibuat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang akan datang dan juga atas faktor keselamatan.

Pasti semua sudah sedia maklum betapa cantik dan bersihnya pulau-pulau di Terengganu kan. Mana tidaknya, kehijauan pemandangan sekitar pulau dan air laut yang jernih serta pasir putih menjadikan orang ramai memilih pulau-pulau di Terengganu sebagai destinasi percutian mereka.

Sebenarnya bukan sahaja di Terengganu, tetapi terdapat banyak lagi pulau yang boleh membuat anda terpesona dengan keindahannya di Malaysia. Kami senaraikan lima pulau yang cantik dan pasti akan memukau anda.

Pulau Sipadan, Sabah

Merupakan destinasi selam skuba ke lima terbaik di dunia. Keindahan bawah laut di Sipadan menawarkan para penyelam dengan pemandangan yang berwarna-warni batu karang dan pelbagai hidupan laut yang unik. Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar sejak tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.  Selain itu, para pelawat juga perlu beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal daripada itu untuk menjaga kebersihan dan keselamatan hidupan marin di sini.

Bagaimana untuk ke Pulau Sipadan?

Anda boleh menaiki penerbangan ke Tawau. Kemudian, boleh menaiki teksi atau van dari lapangan terbang Tawau ke Jeti di Bandar Semporna dan menaiki bos laju ke Sipadan.

Pulau Pom Pom, Sabah

Pernah dengar tentang pulau ini? Namanya yang comel ini mungkin asing dan jarang didengar atau mungkin tidak popular sebagai destinasi percutian. Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Pom Pom Kecil dan Pulau Pom Pom Besar.

Pulau ini cukup kaya dengan hidupan marin dari spesies-spesies yang unik. Bukan itu sahaja, pulau ini turut menjadi lokasi penyu-penyu untuk mendarat dan menetaskan telurnya dari bulan Mei hingga September.

Bagaimana untuk ke Pulau Pom Pom?

Sama seperti Pulau Sipadan, lapangan terbang terdekat berada di Tawau. Boleh diakses dengan menaiki bot selama 45 minit dari Jeti Semporna, dan, 90 minit pemanduan dari Jeti Semporna.

Pulau Tinggi, Mersing, Johor

Teletak 32 kilometer dan mengambil perjalanan selama 45 minit dari bandar Mersing, pulau ini juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral suatu masa dahulu oleh kelasi Cina. Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih dan air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Di sini terdapat program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Anda juga boleh pergi ke Pulau Sibu dari sini.

Bagaimana untuk ke Pulau Tiggi?

Terletak kira-kira setengah jam menaiki bot laju dari jeti Tanjung Leman. Ada juga disediakan perkhidmatan feri yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Pulau Rawa, Mersing, Johor

Walaupun saiznya kecil, tetapi pulau ini tidak akan menghampakan sesiapa saja yang menjejakan kaki ke sini. Terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pasir pantainya yang putih bersih pasti membuat anda teruja untuk merakam setiap detik di sini.

Bagaimana untuk ke Pulau Rawa?

Dari jeti Mersing ke Pulau Rawa anda menaiki bot laju, perjalanan mengambil masa dalam 20 hingga 45 minit bergantung keadaan laut. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, melalui lebuhraya PLUS dan exit Ayer Hitam untuk ke jeti Mersing.

Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman terletak di perairan pantai Pahang bersempadan dengan Johor. Antara pulau yang popular dan sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Bentuk Pulau Tioman dari udara kelihatan seperti seketul paha ayam. Paling menarik, Pulau Tioman dibuka sepanjang tahun. Pusat peranginan tidak akan ditutup bila hujung tahun.

Bagaimana untuk ke Pulau Tioman?

Cara masuk ke Pulau Tioman boleh melalui dua negeri iaitu Johor atau Pahang. Anda boleh menaiki feri sama ada dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda menaiki bas, lebih sesuai anda mengunakan Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai mengunakan Jeti Tanjung Gemok.

Jadi, anda sudah boleh mula menempah pakej atau penginapan untuk bercuti dan mencari ketengan di pulau-pulau ini. Mana satu pilihan hati?

Comments

comments