Ini Beberapa Perkara Penting Yang Berlaku Dalam Persidangan Parlimen Hari Ini

parlimen malaysia

Hari ini telah berlangsungnya Istiadat Pembukaan Penggal ke-3 Parlimen ke-14. Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini (18 Mei) berjalan dalam suasana harmoni dan lancar dengan kehadiran 220 ahli Dewan Rakyat dan 51 ahli Dewan Negara.

Persidangan Parlimen hari ini berlangsung tanpa seorang pun Ahli Parlimen mengambil mikrofon mereka untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pemerintahan negara. Sebaliknya, hanya Yang Dipertuan Agong yang memberikan titah baginda. Berikut adalah beberapa perkara penting yang berlaku di dalam sidang kali ini.

Penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

parlimen

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan COVID-19. Yang di-Pertuan Agong dan kesemua ahli dewan yang hadir berdiri seketika bagi menunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas memerangi COVID-19.

“Sebagai tanda peghargaan negara, marilah bersama sama dengan beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah baginda.

Jangan heret negara ke kancah politik sekali lagi.

yang dipertuan agong

Baginda bertitah dan berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. Wakil rakyat diingatkan untuk sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai masalah dan membela nasib rakyat.

Selain berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa selain kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Baginda turut menaruh keyakinan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus membawa negara ke landasan yang tepat.

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik COVID-19,” titah baginda.

Menyeru para majikan untuk tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenang-nya.

yang dipertuan agong

Yang Dipertuan Agong berharap inisiatif-inisiatif yang diambil dapat melindungi kebajikan rakyat dan menyokong industri serta perusahaan kecil dan sederhana negara akan segera dirasai impaknya. Ini termasuklah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat berjumlah RM260 bilion yang diperkenalkan.

Baginda memahami kebanyakan industri dan perniagaan terjejas akibat wabak ini. Namun, baginda menyeru kepada para majikan untuk tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenang-nya.

“Semua pihak hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi meringankan bebanan rakyat jelata dan juga menyelamatkan ekonomi negara,” titah baginda.

Sidang Parlimen hari ini adalah kali pertama diadakan sejak ‘Langkah Sheraton’.

Untuk makluman, sidang Parlimen hari ini adalah kali pertama diadakan sejak ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) digantikan Perikatan Nasional (PN).

Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang mengkritik pindaan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini yang menghadkan masa hanya bagi mendengar Titah Yang Di-Pertuan Agong tanpa sebarang perbahasan sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

tun dr mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sidang Dewan Rakyat sepatutnya boleh diadakan untuk tempoh yang lebih lama bukan hanya selama dua jam seperti hari ini. Menurut bekas Perdana Menteri itu, sepatutnya tidak ada masalah untuk sidang berlangsung lebih lama berdasarkan langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, Ahli Parlimen Langkawi itu mengucapkan tahniah kepada pengurusan Parlimen kerana majlis perasmian pagi tadi dapat dilaksanakan penuh tertib ketika negara sedang berdepan COVID-19.

“Sebelum masuk, kita diperiksa suhu badan, perlu membasuh tangan sebanyak dua kali sebelum masuk ke Dewan. Kita juga duduk selang satu kerusi antara satu sama lain, cukup tertib,” katanya.

Artikel berkaitan: Agong Bertitah Aktiviti Ketenteraan AS Dan China Di Laut China Selatan Perlu Diberi Perhatian

Sumber

Comments

comments