Ini Cara Paling Efektif Untuk Melindungi Anda & Keluarga Ketika Berkunjung Ke Rumah Terbuka Aidilfitri

Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya! Mesti masing-masing dah sibuk fikir pasal baju dengan duit raya kan hehe. Selain duit raya, berkumpul beramai-ramai semasa hari raya juga merupakan benda wajib pada setiap tahun.

Tapi sayangnya, kita terpaksa merayakan hari raya pada tahun ini dalam saat kita masih lagi melawan Pandemik Covid-19 dan seperti yang kita tahu dengan norma baru ni, kita terpaksa akur dan patuh dengan SOP.

Jadi, semasa korang keluar beli baju raya tu jangan lupa untuk pakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial. Tapi macam mana kita nak pastikan permukaan seperti troli atau lif yang kita sentuh tu selamat? Tambah pula bila di hari raya, macam mana nak pastikan diri kita dan keluarga dilindungi semasa tetamu datang beraya dirumah atau ketika kita berkunjung ke rumah terbuka?

Untuk pastikan korang dan keluarga sentiasa terhindar daripada virus, kami mengesyorkan korang untuk menggunakan disinfektan (pembasmi kuman) WIZACT 24, kerana ia mampu memberi korang sekeluarga perlindungan maksimum tanpa henti sehingga 24 JAM!

Advertisement

Haah! Sebelum kami terang dengan lebih lanjut tentang WIZACT 24 ni, mehh kami kongsikan sikit tips norma baru untuk Raya:

1. Ketika membeli barang keperluan raya, pastikan korang bawa WIZACT 24 Disinfecting Pocket Spray atau WIZACT 24 Disinfecting Wipes. Spray atau lap pada troli, butang lif, bakul atau apa-apa sahaja permukaan sebelum korang sentuh untuk dilindungi daripada virus.

2. Nak lindung diri tanpa perlu bawa produk yang berat dan besar? Tak payah risau sebab dengan WIZACT 24 Disinfecting Pocket Spray atau WIZACT 24 Disinfecting Wipes korang boleh masukkan je dalam mana-mana poket, poket baju raya pun muat tau!

3. Sebelum dikunjungi keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan, korang boleh guna WIZACT 24 Disinfecting Spray & Clean 450ml botol kat rumah dan sembur di permukaan yang kerap disentuh agar keluarga dan tetamu bebas daripada virus.

WIZACT 24 membunuh 99.9% virus dan bakteria berterusan selama 24 JAM

Kalau korang nak tahu, WIZACT 24 ni adalah yang pertama di dunia menggunakan teknologi

Kalau korang nak tahu, WIZACT 24 ni adalah yang pertama di dunia menggunakan teknologi Actiguard, hak milik sistem disinfektan Actizone –  teknologi antimikrob 24 jam yang telah memenuhi standard tinggi disinfektan di negara US (EPA RSS 24) dan UK (BSI PAS 2424) protokol disinfektan. Power sangat!

WIZACT 24 memang berbeza dengan disinfektan (pembasmi kuman) biasa yang hanya membunuh kuman sewaktu semburan. Dengan WIZACT 24, ia meninggalkan lapisan pelindung yang terbukti berkesan membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk coronavirus berterusan selama 24 jam pada permukaan walaupun berulang kali anda menyentuh. Hanya perlu gunakan satu hari satu kali, sekeluarga kita dapat dilindungi sepanjang 24 jam. Bestkan?

Jika sayangkan keluarga korang, inilah masanya untuk korang pastikan mereka sentiasa dilindungi ketika hari raya nanti!

Dengar cerita Samtilla pun dah cuba produk dari WIZACT 24 ni. Tak percaya? Korang boleh tengok video dekat bawah ni:

 

Kalau Samtilla pun dah cakap macam tu, takkan lah korang tak nak cuba kut? Rugilah!

WIZACT 24 Disinfecting Spray and Clean boleh didapati dalam 3 format, 450ml botol besar untuk kegunaan kerap di rumah atau ofis, 18ml Pocket Spray yang boleh dibawa ke mana-mana saiznya kecil seperti kad kredit dan juga 10s Wipes mudah diguna pada bila-bila masa. Cool kan?

Kalau keluar rumah beraya macam mana nak bawa WIZACT 24?

Dengan adanya WIZACT 24 Disinfecting Pocket Spray dan WIZACT 24 Disinfecting Wipes, korang dah tak perlu bawa produk yang berat dan besar tauu, sebab saiz kedua-duanya adalah kecil dan ringan. Kalau perempuan boleh simpannya dalam beg, yang lelaki pula boleh simpan dalam poket baju raya pun boleh tau. Wahhh baulah segar, disamping itu dapat juga membasmi 99.9% virus dan bakteria. Wajib korang bawa WIZACT 24 semasa berkunjung ke rumah terbuka nanti!

Korang tak perlu bimbang, sebab WIZACT 24 ni selamat untuk digunakan, tidak toksik dan tidak merengsa kulit apabila ianya digunakan seperti yang diarahkan.

Cara Menggunakan WIZACT 24 

Untuk membersih dan sanitasi dengan WIZACT 24 Disinfecting Spray & Clean, pastikan korang sembur pada jarak 15-20cm sehingga permukaan diselaputi oleh cecair dan biarkan selama 60 saat sebelum anda lap permukaan dengan kain bersih.

Kalau nak membasmi kuman tanpa henti selama 24 jam pula, korang hanya perlu biarkan permukaan yang diselaputi oleh WIZACT 24 Disinfecting Spray & Clean selama 5 minit sebelum lap permukaan menggunakan kain bersih. Sesuai pada permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, susur tangan (handrail) tangga, suis di rumah atau ofis.

Bagi penggunaan WIZACT 24 Disinfecting Pocket Spray pula, korang hanya perlu goncang terlebih dahulu dan spray pada jarak 15-20cm pada mana-mana permukaan yang seperti tempat duduk di dalam penggangkutan awam, kerusi di restoran, meja dan macam-macam lagi. Jika tiada kain bersih, korang hanya perlu tunggu cecair sehingga kering tanpa perlu lap permukaan.

Untuk WIZACT 24 Disinfecting Wipes pula, korang hanya perlu buka dan lap sahaja mana-mana permukaan yang korang nak. Mudah je kan nak lindung diri daripada virus!

Dapatkan WIZACT 24 Di Pasaraya Berdekatan & Online!

Sebelum Raya menjelma, eloklah kita siapkan diri dengan perlindungan dari WIZACT 24. Mana nak dapatkan WIZACT 24? Korang boleh dapatkan WIZACT 24 di pasaraya besar seperti Econsave, Giant, Tesco, Aeon, Aeon Big, Hero dan lain-lain lagi.

Nak beli online? pun boleh. Kalau nak tahu, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak RM15 dengan menggunakan kod “GENTAN” di Shopee atau beli mana-mana produk WIZACT 24 sekurang-kurangnya RM30 di Lazada dan klaim baucer untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM15!

Haa, sekarang korang pun dah tahukan produk mana yang berkesan untuk melindungi anda dan keluarga daripada virus termasuk coronavirus berterusan selama 24 jam. Ingat guys, kita kena pastikan persekitaran sentiasa bersih barulah dapat terhindar daripada sebarang penyakit.

Raikan Raya korang dengan perlindungan daripada virus berterusan selama 24 JAM bersama WIZACT 24!

Comments