Ini Dia Cara Untuk Suri Rumah Pilih Telur Segar Dan Terbaik Di Pasaran

cara pilih telur segar

Pasti ramai yang mengalami masalah dalam pemilihan telur ayam di pasaran kerana kurang mengetahui bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada telur itu ialah telur yang terbaik ataupun tidak.

Bahkan, apa yang lebih mengecewakan apabila sudah pulang ke rumah didapati telur tersebut tidak segar malah tidak dapat digunakan.

Oleh itu, demi mengatasi masalah ni Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan membuat satu perkongsian di laman Twitter bagaimana cara untuk memilih telur di pasaran serta tips untuk mengetahui kesegaran telur tersebut.

Antara tips untuk memilih telur di pasaran ialah :

Advertisement

1.Baca label

2.Lihat tarikh luput

3.Tidak berbau busuk

4.Tiada najis

5.Tidak retak

6.Tidak pecah

cara pilih telur segar
Sumber : BKKMputrajaya

Pesanan kepada semua pengguna di luar supaya beli ikut keperluan untuk menikmati kesegaran telur serta elak menyimpan stok terlalu lama. Selain itu, telur yang sudah dibeli elok disimpan di tempat yang sesuai contohnya dalam peti sejuk (simpanan dingin) dan ruangan yang mempunyai suhu bilik (simpanan kering) dan basuh telur sebelum diguna.

Untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur pula, terdapat empat cara mudah yang perlu diketahui :

1.Rendam telur di dalam air

2.Lihat keadaan kuning dan putih telur

3.Hidu aroma telur

4.Bersih daripada najis

cara pilih telur segar
Sumber : Facebook BKKMHQ

Jadi, selepas ini korang dah boleh tau dan dapat membezakan antara telur yang segar ataupun tidak.

Sumber

SUMBERTwitter

Comments