Ini Dia Fungsi Asal Poket Kecil Yang Ada Pada Seluar Jean

poket kecil seluar jean

Zaman sekarang mesti korang ada pelbagai jenis seluar termasuklah seluar jean sekurang-kurangnya 1-2 helai.

Macam-macam fesyen yang diperkenalkan mengikut citarasa dan trend orang zaman sekarang. Bagi penggemar seluar jean, mesti akan perasan hampir semua jenis seluar jean mempunyai poket kecil di bahagian depan seluar.

Biasanya, orang akan beranggapan poket kecil itu tempat untuk meletakkan duit syiling tapi sebenarnya bukan.

Seluar jean mula diperkenalkan pada tahun 1879 untuk kaum lelaki khususnya yang bekerja di lombong dan juga koboi di Amerika Syarikat. Ini kerana ianya tahan lasak dan sesuai untuk mereka yang melakukan kerja-kerja lasak.

Advertisement

Poket kecil tersebut pada asalnya digelar watch pocket atau poket jam untuk mereka meletakkan jam di poket tersebut. Mereka meletakkannya kerana saiznya yang cukup padat dan sesuai untuk tempat penyimpanan.

poket kecil seluar jean

Pekerja-pekerja lombong pada masa dahulu tidak memakai jam tangan sepanjang masa kerana perlu melakukan kerja-kerja lasak dan jam poket menjadi trend yang sangat popular pada ketika itu.

Jadi, watch pocket itu menjadi fungsi untuk mereka meletakkan jam dan dapat diambil dengan cukup mudah. Meskipun jam poket tidak lagi menjadi trend pada masa sekarang, tetapi rekaan poket kecil itu kekal ada hampir di semua jenis seluar jean tidak kira apa jenis jenama sekalipun.

seluar jean

Sekarang, kebanyakan orang menggunakan poket kecil itu untuk bergaya dengan meletakkan ibu jari di dalam poket kecil tersebut untuk bergambar.

Sumber : Reader’s Digest, Maskulin 

SUMBERMaskulin

Comments