Ini Dia Pemilik Bugatti Divo Berharga RM24j Di Malaysia Yang Tular Baru-Baru Ini

Baru-baru ini tular di media sosial tentang kelibat sebuah hypercar Bugatti Divo di Malaysia yang juga merupakan antara kereta termahal didunia. Untuk pengetahuan, kereta ini hanya dihasilkan 40 unit saja tau. Pergh! Siapa lah pemilik dia kan? Kaya betul.

 

Bugatti Divo ini dijana dengan enjin 8L W16 yang mampu menghasilkan kuasa 1,479hp dengan tork 1,600Nm. Untuk transmisi, ia hadir dengan dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan kereta ini mampu pergi sehingga 380kmj tau. Pergh! Berdesup gila.

Advertisement

Kalau korang nak tahu, Bugatti Divo ini dibina berasaskan model Chiron yang dinaiktaraf dari segi rekabentuk dan juga aerodinamik.

Menurut Pandu Laju, kereta yang tular di media sosial ini adalah milik pengasas JPM Museo, Chin Jit Pying. Beliau juga merupakan antara pengumpul kereta dan motosikal di Malaysia ni.

Sumber

Comments