Ini Dia Proses Pembuatan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020

pingat sukan olimpik

Pasti ramai yang sudah tahu pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo diperbuat daripada barangan elektronik yang dikitar semula.

Walaupun hanya diperbuat daripada barangan kitar semula, ianya pasti cukup berharga buat atlet yang memenangi pingat tersebut.

Mesti anda tertanya macam mana proses pembuatan pingat ini dilakukan memandangkan ianya jarang sekali dibuat dimana-mana acara sukan.

Advertisement

Melalui laman rasmi Olympics Tokyo 2020, bahan-bahan yang digunakan untuk proses pembuatan ini daripada telefon bimbit terpakai yang disumbangkan oleh rakyat Jepun.

Apa yang membuatkan pingat Olimpik Tokyo 2020 jadi tarikan ?

Untuk makluman, setelah proses pembuatan itu dilakukan, kesemua pingat tersebut akan disaluti dengan emas, perak dan tembaga bagi setiap pingat.

Untuk pingat emas, beratnya kira-kira dalam 556 gram disaluti dengan lebih enam gram emas pada 550 gram perak tulen. Bagi pingat perak pula, beratnya ialah 550 gram dengan 100 peratus daripada perak tulen manakala untuk pingat gangsa pula daripada tembaga dengan lima peratus daripadanya ialah zink.

Harga pingat emas tak sampai RM 3,500

Menurut laporan Harian Metro, harga sebenar bagi pingat emas ialah AS$820 (RM3,460) dengan nilai AS$466 (RM1,966) bagi 550 gram perak dan AS$353 (RM1,489) untuk enam gram lapisan emas. Wow, mahalnya!

pingat sukan olimpik

Video pembuatan pingat itu juga turut dikongsi oleh pengguna TikTok yang rata-rata tidak menyangka dapat melihat proses pembuatan pingat Sukan Olimpik Tokyo.

@4mirsaid

Pingat #Olympics #Tokyo2020 dari telefon bimbit terpakai. #fyp? #tiktokmalaysia #fypmalaysia

? ??????/Stay With Me – Miki Matsubara

Jepun tak pernah mengecewakan

Ramai yang memuji negara Jepun dengan idea dan usaha mereka dalam menghasilkan pingat Sukan Olimpik kali ini.

pingat sukan olimpik

pingat sukan olimpik

Majoriti idea ini mendapat respon yang positif khususnya dalam kalangan warganet di samping dapat menyedarkan bahawa barangan kitar semula juga boleh dijadikan suatu yang berharga.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBEROlympics Tokyo 2020

Comments