Ini Dia Resipi Mudah Pencuci Mulut Agar-Agar Menggunakan Kulit Anggur

Mesti ramai yang akan mengambil pencuci mulut kalau dah habis makan lagi-lagi kalau dapat buat sesuatu yang menyegarkan ditambah dengan cuaca panas mesti akan rasa puas hati.

Pencuci mulut agar-agar menjadi salah satu pilihan segelintir individu untuk dijadikan sebagai penutup sajian ketika makan.

Biasanya, ada individu yang akan membuang kulit anggur dan hanya memakan buahnya saja. Kali ini, sudah tidak perlu lagi sebab kulit anggur juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dengan menjadikannya sebagai agar-agar buah anggur.

Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan :

Advertisement
  • Buah anggur
  • 30 gram gula pasir
  • 20 gram serbuk agar-agar
  • Susu segar

Mudah kan, hanya perlu empat bahan saja korang boleh buat dua jenis pencuci mulut.

Cara-caranya seperti berikut :

1.Kupas buah anggur serta asingkan kulit dan buahnya.

2.Rebus kulit anggur sehingga air rebusan bertukar warna dan asingkan.

3.Tambah 30g gula pasir dan 20g serbuk agar-agar ke dalam bekas air rebusan.

4.Kacau dan didihkan

5.Tuang separuh air rebusan ke dalam botol dan separuh lagi tuang bersama dengan buah anggur yang sudah dikupas.

6.Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ianya menjadi agar-agar.

7.Tambahkan susu segar ke dalam botol yang sudah diisi dengan agar-agar.

8.Sedia untuk dihidang.

Lepas ni korang boleh cuba resipi ni di rumah dan boleh dimakan bersama dengan keluarga. Selamat mencuba!

Sumber 

SUMBERTikTok

Comments