Ini Jawapan Berani Admin ‘Riak Apa Hari Ini’ Selepas Ditegur Ustazah Asma’

Tadi kami ada kongsikan nasihat dari Ustazah Asma’ Harun yang menegur admin group Riak Apa Hari Ini yang dilihat seperti menghalalkan kemungkaran dan dosa.

BACA : Ustazah Asma’ Harun Gesa Group Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ Ditutup

Ramai yang bersetuju dengan nasihat yang disampaikan ustazah tetapi ada juga yang tidak bersetuju. Ini termasuklah dari individu yang mendakwa dia sebahagian dari admin group terbabit yang.

Dia mendakwa telah berbincang dengan beberapa pencipta group terbabit selepas mengetahui pesanan Ustazah Asma’ dan telah memutuskan untuk mengekalkan nama group terbabit.

Advertisement

Mereka turut meminta pengikut yang rasa berdosa untuk keluar dari group berkenaan.

Bagi kami, kita yang mempunyai fikiran yang matang dan mampu membezakan antara yang baik serta buruk jauhkanlah dari benda yang tidak sepatutnya. Banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk hiburkan hati.

Sumber

Comments

comments