Ini Mungkin Konsep Rekaan iPhone 12 Pro Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini

2737

Belum lagi reda tentang kehangatan model terbaru iPhone yang terbaru, kini nampaknya pengguna produk Apple sudah tidak sabar menantikan kemunculan model iPhone yang terbaru iaitu iPhone 12.

Model iPhone 12 bakal dilancarkan pada tahun ini dikhabarkan bakal hadir dengan tambahan satu lagi kamera. Menjadikan jumlah keseluruhan empat kamera pada model kali ini.

Baru-baru ini, ConceptsiPhone berkongsikan video konsep rekaan iPhone 12 Pro yang menguatkan lagi dakwaan penambahan satu kamera dari model sebelum ini.

Melalui video yang dikongsikan, konsep rekaan kali ini hadir dalam rekaan berkotak seakan iPhone 5. Tetapi maklumat lain tentang model kali ini masih tiada kepastian. Model iPhone 12 dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Comments

comments