Ini Penjelasan Menteri Cyber Security Jepun Apabila Ditanya Mengenai USB.

38

Yoshitaka Sakurada, Menteri Cyber Security yang telah dilantik baru-baru ini telah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah menggunakan computer. Pengakuan yang agak ganjil ini telah dibuat di sebuah mesyuarat kabinet.

Tambahan pula, sejak bulan Oktober yang lalu, Sakurada telah ditugaskan untuk memastikan persiapan Sukan Olimpik di Jepun berjalan dengan lancar. Namun kemampuan dan kredibiliti beliau sering dipertikaikan baru-baru ini

1

Rupa-rupanya, sejak berumur 25 tahun, sebab utama beliau tidak menggunakan komputer selama ini adalah kerana kerja harian yang memerlukan penggunaan komputer telah dilakukan oleh setiaushanya.

2

Bila ditanya mengenai penggunaan USB drive, pasti ramai yang akan tergamam dengan respon beliau

“Apa yang saya tahu…ada lubang untuk memasukkan USB drive…itu sahaja…”

Mungkin beliau lebih arif melaksanakan kerja harian tanpa penggunaan komputer, mana la tahu kan?

Sumber : 9gag

Comments

comments