Ini Sebab Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Menjadi Tarikh Kemerdekaan

31 Ogos 1957

Laungan ‘Merdeka’ di Dataran Padang Hilir sebanyak tujuh kali pada tanggal 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menandakan yang negara kita sudahpun merdeka dari penjajahan British.

Pada 31 Ogos tahun ini, genaplah 64 tahun kita merdeka dan pernahkan korang tertanya-tanya mengapa 31 Ogos dipilih sebagai pengisytihataan merdeka dan bukannya tarikh lain?

Bagi menentukan tarikh yang ideal, Tunku Abdul Rahman pada awalnya berpendapat bahawa beliau perlu mendapatkan pandangan dari Mufti Pulau Pinang, Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Abdullah Badawi) yang merupakan seorang pakar dalam ilmu fasak. Kemudian, sebuah mesyuarat yang dihadiri Ketua Pemuda UMNO, timbalannya dan juga Syeikh Abdullah Fahim diadakan dan pemilihan tarikh 31 Ogos telah diputuskan pada waktu itu.

Menerusi petikan daripada Iluminasi, 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang baik menurut kiraan Syeikh Abdullah Fahim kerana kesemua planet pada masa itu berada dalam kedudukan sebaris. Sekiranya British tidak setuju dengan tarikh berkenaan, Syeikh Fahim ada berpesan kepada Tunku Abdul Rahman yang beliau melarang pemuda-pemuda parti UMNO daripada melakukan kekacauan atau rampasan kuasa daripada British kerana bimbang perkara yang lebih buruk akan berlaku.

Advertisement

31 Ogos 1957
Walaubagaimanpun, pihak British bersetuju dengan tarikh tersebut sebagai tarikh pengisytiharaan kemerdekaan. Laungan ‘Merdeka’ yang bergema di Padang Bandar Hilir pada 31 Ogos 1957 itu telah dibanjiri lebih 100,000 orang dari seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERIluminasi

Comments