“Inilah Carbonara Yang Sebenar!” – Chef Dari Singapura Puji Cara Masakan Khairulaming

Sebut sahaja Ramadan pasti akan ada yang menunggu 30 Hari 30 Resipi daripada Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming. Ramadan sudah masuk hari ketujuh dan lebih 10 resipi yang sudah dikongsikannya.

Salah satu resipi tersebut ialah Spagetti Carbonara yang sudah pasti antara sajian kegemaran rakyat Malaysia. Resipi seperti ini mudah dan cepat untuk disajikan, jadi tidak dinafikan jika orang ramai gemar dengan resipi daripada Khairulaming.

Namun, apa yang lebih tertarik ialah resipi tersebut mendapat perhatian daripada chef terkenal dari Singapura, Ghazalee Ibrahim. Dia mengatakan yang dia cukup kagum kerana Khairulaming memasak Spagetti Carbonara dengan cara yang tepat.

Advertisement

“Akhirnya cara yang tepat masak Carbonara tanpa menggunakan krim atau kepingan keju” 

Kebanyakannya, orang lain akan memasak Spagetti Carbonara dengan krim dan kepingan keju seperti yang sering dikongsikan di laman sosial.

Menurut chef berkenaan, tutorial yang dikongsikan oleh Khairulaming itu merupakan tutorial yang tepat untuk menyajikan Spagetti Carbonara.

“Dia juga turut memuji cara Khairulaming merebus pasta dengan tidak menambah minyak ke dalam air rebusan”

Ada juga warganet yang baru tahu cara sebenar masak Spagetti Carbonara menggunakan telur bukannya krim atau susu. Sesiapa yang belum pernah try boleh lah cuba resipi ni.

Sumber 

SUMBERTwitter

Comments