Inisiatif Tingkatkan Sistem Perkhidmatan Keselamatan, LHDN Lancar Produk Terbaharu

LHDN

Hasil Identity, Hasil Cloud System (HCS) dan Sistem Pelaporan Cukai Pendapatan Malaysia (MITRS) merupakan produk keluaran terbaharu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam usaha menambahbaik sistem perkhidmatan kepada pelanggan di samping tingkatkan kecekapan pengurusannya.

Hasil Identity adalah usaha untuk meningkatkan keupayaan pengurusan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) LHDN.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengguna Hasil Identity hanya perlu guna satu ID sahaja untuk akses semua sistem LHDN.

LHDN

Advertisement

“HCS adalah awan dalaman untuk kegunaan perumah (hosting) sistem dan aplikasi LHDN, sekaligus meningkatkan kebolehupayaan merealisasikan infrastruktur pengkomputeran awan mampan seiring dengan perkembangan teknologi pantas”.

“MITRS adalah platform digital untuk menggalakkan pembayar cukai membuat penghantaran maklumat helaian kerja percukaian secara digital. Ia juga dapat mengurangkan kos pematuhan kepada pembayar cukai dan menjimatkan masa penghantaran melalui platform digital disediakan”.

LHDN juga selaras untuk menghargai komitmen berterusan pembayar cukai dalam mempamerkan prestasi pematuhan yang tinggi, lapan pembayar cukai daripada kategori syarikat korporat dipilih sebagai Penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik berdasarkan rekod pencapaian sepanjang 2020.

Join Telegram Amazing Nara untuk dapatkan info yang menarik!

SUMBER

 

Comments

comments