Instafemes Dakwa Kembali ‘Homeschooling’ Kerana Sekolah Teruk, Ini Respon Netizen

47

Sebelum ini pasangan adik beradik kembar yang popular di Instagram, Iera dan Ieka Tajudin pernah menjadi viral. Ini kerana mereka tidak mengeluarkan iklan di Instagram seperti dijanjikan walaupun setelah peniaga yang ingin mendapatkan khidmat iklan mereka membayar sejumlah wang tertentu.



Terbaru, pasangan adik-beradik ini menjadi bualan Netizen kerana mengatakan sebuah sekolah di ibu kota ‘berperangai teruk’.

Ieka Tajudin membuat kenyataan tersebut dalam perbualan dengan pengikutnya di Instagram Live setelah memberitahu dia berhenti belajar di sebuah sekolah, dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya. Ieka berkata:

Ieka mula bersekolah di rumah semula, kerana SMK Setia Alam melampau sangat.

Nak bukti, kami memang ada bukti sekolah tu teruk, cikgu-cikgu dia pun teruk.

Kami pun, mama kami ada jaga seorang anak pensyarah UiTM Puncak Alam, di kata ya, perangai mereka pun teruk.”

Kenyataan Ieka menimbulkan kemarahan pelajar dan bekas pelajar Sekolah Setia Alam yang mengatakan sekolah itu ialah yang terbaik bagi mereka.

Sehubungan itu, keputusan peperiksaan salah seorang dari mereka telah didedahkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netizen. Dia dikatakan tidak berpuas hati kerana gagal dalam subjek pendidikan agama Islam:

Namun begitu, Netizen berpendapat kegagalannya ialah masalah sendiri dan tidak kena mengena dengan sekolah dan guru:


Kedua-dua Ieka dan Iera Tajudin kini telah menutup komen di Instagram dipercayai kerana dikecam teruk berhubung kenyataan terbaru Ieka. – amazingnara.com

Tinggalkan komen anda