Instagram Kini Lancar ‘Thread’ Mesej Untuk Berinteraksi

682

Buat pengguna tegar Instagram, kini anda semua boleh menggunakan aplikasi permesejan baru yang dikenali sebagai Threads.

Selalu kita tahu Threads hanya ada pada Twitter, tetapi kini ia turut ada di aplikasi Instagram bagi memudahkan anda semua kekal berhubung dengan rakan-rakan terdekat.

Thread Instagram

Dengan Threads, ia akan memudahkan anda berkongsi gambar dan juga video dengan pantas.
Threads kongsi gambar dan juga video

Pada halaman utama, ia menggunakan paparan kamera, dan pengguna turut boleh menghantar rakaman kepada rakan-rakan dengan hanya memilih rakan rapat mereka melalui pilihan dibahagian bawah skrin.

Mudahkan? selepas ini tak payah lagi guna ‘close friend’ tetapi beralih ke ‘Thread’ pula untuk anda berinteraksi dengan orang-orang tersayang.

 

Sumber: Instagram

Comments

comments