Instagram Memperkenalkan Ciri Baharu Sekaligus Jadi Saingan Kepada TikTok

Media sosial yang cukup popular iaitu Instagram telah memperkenalkan ciri baharu platform berkenaan kepada pengguna di negara ini, lapor akhbar Harian Metro.

Ciri baharu yang diperkenalkan itu ialah Instagram Reels dan pengenalan tersebut memberi alternatif kepada penggunanya untuk menggunakan platform berkenaan. Hal ini juga sekaligus menyaingi platform TikTok kerana Instagram Reels ni seakan-akan seperti yang ada dalam TikTok.

Pihak pengurusan Instagram telah melakukan taklimat secara maya dan penawaran ini dibuat ketika melihat trend penggunaan media sosial yang tinggi di negara ini.

Instgram Reels ini juga membolehkan pengguna share video pendek, edit video sekaligus memasukkan audio dan beberapa ciri lain sebelum membuat posting di platform berkenaan.

Advertisement

Maknanya korang boleh edit video terus dalam Instagram dan terus post di akaun Instagram korang.

Reels akan mula diperkenalkan secara berperingkat dan setakat ini pengguna Android sudah mendapatkan ciri terbaharu ini dan akan diikuti dengan pengguna iPhone.

Sumber

Comments

comments